BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

Firqah-firqah Dalam Islam

Al khawarizmi terpanggil untuk menulis artikel tentang firqah-firqah dalam islam..atas dasar permintaan beberapa sahabat..walalaupun al khawarizmi tahu bahawa ilmu alkhawarizmi dalam soal ini tidak sedalam ilmu ulama’-ulama’ ikutan alkhawarizmi sendiri..disamping itu sebuah hadis nabi mendorong alkhawarizmi untuk memperkenankan permintaan sahabat,yang ertinya lebih kurang begini “barangsiapa yang menyembunyikan ilmu(sesudah diminta tidak diberikan) akan dikekang mulutnya dengan kekangan api(di akhirat nanti)”..
hadis ini dirawikan oleh imam abu daud dan imam turmizi..

Rakan-rakan perjuangan alkhawarizmi yang dicintai,,Dalam sejarah telah tercatat bahawa dalam lingkungan ummat islam dari abad-abad permulaan sampai sekarang terdapat firqah-firqah yang fahamnya berbeza-beza atau bertentangan secara tajam antara satu sama lain..ini sudah menjadi fakta yang tak dapat dibantah lagi kerana hal yang serupa itu telah terjadi..fiqah-firqah dalam I’tiqad itu ialah syiah,khawarij,mu’tazilah.qadariyah,jabariyah,najariyah,musyabbihah,bahaiyah,ahmadiyah,dan lain-lain di samping firqah ahlussunnah wal jamaah yaitu jumhur ummat islam yang banyak di dunia ini..siapa yang membaca kitab-kitab dalam bahasa arab,nescaya akan menjumpai faham firqah-firqah diatas yang satu sama lainnya bertentangan..ummat islam,khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan melihat dan membaca hal ini..kerana nabi Muhammad SAW sudah juga mengkhabarkan pada masa hidup baginda..

Banyak hadis-hadis yang bertalian dengan adanya firqah-firqah yang berselisihan faham dalam lingkungan ummat islam..Cuma alkhawarizmi ingin mengambil beberapa hadis untuk ditulis dalam artikel ini

Pertama:

فانه من يعش منكم من بعدي فسيري اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديين الراشدين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ

Ertinya : maka bahawasanya siapa yang hidup(lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan(faham) yang banyak..ketika itu pegang teguhlah sunnahku dan sunnah khalifah rasyidin yang diberi hidayah..pegang teguhlah ia dan gigitlah dengan gerahammu..(hadis riwayat imam Abu Daud dll..lihat sunan Abu Daud)

Tujuan hadis ini terang bahawa aka nada perselisihan-perselisihan faham dalam lingkungan ummat islam dan bahawa nabi Muhammad SAW menyuruh ummat islam ketika melihat perselisihan-perselisihan itu supaya berpegang teguh dengan sunnah nabi dan sunnah khalifah rasyidin(saidina-saidina Abu Bakar,Umar,Uthman,dan Ali Rda)

Kedua:

سيخرج قوم في اخر الزمان احداث الاسنان سفهاء الاحلام يقولون من قول خير البريه لا يجاوز ايمانهم حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية فاينما لقيتموهم فاقتلوهم

Ertinya : akan keluar suatu kaum akhir zaman,orang-orang muda berfaham hodoh..mereka banyak mengucapkan perkataan “khairil bariyah”(maksudnya firman-firman tuhan yang dibawa oleh nabi)..iman mereka tidak melampaui kerongkongan mereka..mereka keluar dari agama sebagai melucurnya anak panah dari busurnya..kalau orang-orang ini berjumpa denganmu lawanlah mereka..(hadis sohih riwayat imam Bukhari..lihat Fathul Bari juz 10)

Terang hadis ini bahawa aka nada (menurut nabi) sekumpulan orang-orang muda yang “bajek” tahu mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasarkan quran dan hadis..tetapi iman mereka tipis sekali dan bahkan keimanannya keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya..nauzubillah thumma nauzubillah..maksudnya ialah bahawa mereka banyak bercakap tentang hadis-hadis dan quran,tetapi mereka tidak beragama,tidak solat,tidak puasa, dan tidak menjalankan tuntutan agama..

Ketiga:

ان بني اسراءيل تفرقت علي ثنتين وسبعين ملة وتفترق امتي علي ثلاث وسبعين ملة كاهم في النار الا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله ؟ قال : ما انا عليه واصحابي


Ertinya : bahawasanya bani israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah(firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah,semuanya masuk neraka kecuali satu..sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : siapakah yang satu itu ya rasulullah?..nabi menjawab : yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai peganganku(I’tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku..

(hadis ini diriwayatkan oleh imam turmizi,lihat sohih turmizi)


Melihat hadis-hadis yang sohih ini dapat diambil kesimpulan

1.nabi Muhammad SAW mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi dalam lingkungan ummat islam secara mukjizat yaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi..khabar ini tentu diterima baginda dari tuhan

2.sesudah nabi wafat,aka nada perselisihan faham yang banyak,sampai 73 faham(I’tiqad)

3.ada segolongan orang-orang muda pada akhir zaman yang “bajek power” mengeluarkan dalil-dalil dari alquran tetapi keimanannya tidak melalui kerongkongannya

4.diantara yang 73 golongan itu ada satu yang benar yaitu golongan kaum ahlussunnah wal jamaah yang selalu berpegang kepada sunnah nabi dan sunnah khulafa’ rasyidin

Dan sekarang,barangsiapa yang meneliti sejarah perkembangan islam dari abad-abad pertama,kedua,dan ketiga dan sampai sekarang,apa yang dikatakan oleh nabi Muhammad SAW sudah nyata kebenarannya..hal ini juga tersebut didalam kitab bughyatul mustarsyidin karangan mufti syeikh sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husin bin Umar,yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba’lawi..bahawa 72 firqah yang sesat itu berpaksikan kepada 7 firqah yaitu

1.kaum syiah..kaum yang berlebih-lebihan memuja saidina Ali..mereka tidak mengakui khalifah Abu Bakar,Umar dan juga Uthman..kaum syiah berpecah kepada 22 aliran..

2.kaum khawarij yaitu kaum yang berlebh-lebihan membenci saidina Ali..bahkan ada yang diantaranya mengkafirkan saidina Ali..firqah ini berfatwa bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar adalah kafir..kaum khawarij kemudian berpecah kepada 20 aliran

3.kaum mu’tazilah yanitu kaum yang berkefahaman bahawa tuhan tidak mempunyai sifat,bahawa manusia membuat sesuatu dengan sendiri,bahawa tuhan tidak boleh dilihat dengan mata disyurgaorang yang  melakukan dosa besar diletakkan antara dua tempat dan mi’raj nabi hanya dengan ruh sahaja dan lain-lain..

4.kaum najariyah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yaitu dijadikan tuhan tetapi mereka berpendapat bahawa sifat tuhan tidak ada..kaum najariyah pecah kepada 3 aliran

5.kaum murjiah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa membuat maksiat tidak diberi mudarat kalau sudah beriman..sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak member manfaat kalau kafir

6.kaum jabariyah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa manusia “majbur” ertinya tidak berdaya apa-apa..kasab atau usaha tidak ada sama sekali..kaum ini hanya 1 aliran

7.kaum musyabbihah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa ada keserupaan tuhan dengan manusia..kaum ini hanya 1 aliran sahaja..
Jadi jumlahnya adalah
1.kaum syiah                  : 22 aliran
2.kaum khawarij            : 20 aliran
3.kaum mu’tazilah         : 20 aliran
4.kaum najariyah           :   3 aliran
5.kaum murjiah              :   5 aliran
6.kaum jabariyah           :   1 aliran
7.kaum musyabbihah   :    1 aliran
    JUMLAH                         72 aliran
Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham kaum ahlussunnah wal jamaah,maka cukuplah menjadi 73 firqah,sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan imam turmizi
Demikianlah sedikit ilmu yang alkhawarizmi boleh kongsi bersama..semoga memberi manfaat kepada semua..Wallahu a’lam..

DISEDIAKAN OLEH,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI

0 comments: