Al Khawarizmi terpanggil untuk menulis artikel tentang ahlussunnah waljamaah bagi menerangkan apakah itu ahlussunnah waljamaah..sebelum kita mengetahui arti ahlussunnah wal jamaah eloklah kita mengetahui terlebih dahulu istilah-istilah yang diguna pakai dalam masalah I’tiqad-I’tiqad dalam firqah islam..dalam memahami masalah-masalah I’tiqad(kepercayaan) dalam islam lebih baik dahulu dimaklumi istilah-istilah yang terpakai dalam lingkungan ini
*Usuluddin ertinya pokok agama
*Ilmu usuluddin ertinya Ilmu pokok-pokok agama
Didalam ilmu usuluddin dibahaskan masalah-masalah I’tiqad yang menjadi pokok bagi agama..yaitu
1.kepercayaan(I’tiqad) yang berrtalian dengan ketuhanan(uluhiyyat)
2.kepercayaan yang berkaitan dengan kenabian(nubuwwat)
3.kepercayaan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang ghaib(hari akhirat,syurga,neraka dll)
4.dan lain-lain dalam perkara-perkara kepercayaan
ilmu usuluddin kadang-kadang dinamakan ilmu kalam kerana dalam ilmu ini yang dibincangkan banyak sifat-sifat tuhan diantaranya sifat kalam(berkata)..bila kita menyebutkan ilmu kalam,maka ulama’-ulama’ ini dinamakan sebagai ulama’ ahli kalam..dan ulama’-ulama’ ahli kalam dinamakan mutakallimun atau mutakallimin..ada juga sebahagian golongan yang menamakan ilmu kalam ini sebagai ilmu tauhid dan ilmu a’qaid
Pendek kata,perkataan-perkataan ilmu usuluddin,ilmu kalam,ilmu tauhid,ilmu a’qaid sama maknanya yaitu ilmu yang membahaskan padanya perkara-perkara yang bersangkutan dengan I’tiqad..kalau kita mengatakan tentang usul(pokok) sudah tentu ada yang furu’(cabang)..dalam istilah keagamaan,furu’ syariat adalah perkara-perkara ibadat yang dikerjakan setiap hari,seperti sembahyang,puasa,zakat dan lain-lain..Alkhawarizmi menyimpulkan disini bahawa usuluddin ialah I’tiqad-I’tiqad dan furu’ syariat ialah ibadah-ibadah yang zohir..
Kaum ahlussunnah adalah kaum yang menganut I’tiqad sebagai I’tiqad yang dianut oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi..i’tiqad nabi dan sahabat-sahabat telah termaktub dalam al-quran dan dalam sunnah rasul secara terpencar-pencar..belum tersusun secara rapi dan teratur..tetapi kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama’ usuluddin yang besar yaitu sheikh Abu Hasan Ali al Asya’ri(lahir di basrah tahun 260H)..kerana itu ada orang yang memberi nama kepada kaum ahlussunnah wal jamaah dengan kaum asyairah,jama’ dari kata asy’ari..dikaitkan dengan imam Abu Hasan tersebut..dalam kitab-kitab usuluddin juga biasa juga ijumpai perkataan sunni..kependekan ahlussunnah waljamaah..orang-orangnya dinamai sunniyyun..tersebut dalam kitab “ihtihah sadatul muttaqin” karangan imam muhammad bin muhammad al Husni az Zabidi yaitu kitab syarah dari kitab “ihya ulumuddin” karangan imam Ghazali
اذا اطلق اهل السنه فالمراد به الاشاعره والماتوردية
Ertinya:apabila disebut kaum ahlussunnah wal jamaah,maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham asya’ri dan faham abu mansur al Maturidi
Abu Mansur al Maturidi adalah seorang ulama’ usuluddin yang faham dan I’tiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hasan al Asy’ari..Beliau wafat di desa yang bernama maturidi samarqand,di asia tengah pada tahun 333H..
Sudah ,menjadi adat kebiasaan dalam dunia islam,hukum-hukum agama yang digali dari quran dan hadis oleh seorang imam,maka hukum itu dinamai mazhab..hasil ijtihad imam hanafi dianamai mazhab hanafi..hasil ijtihad imam maliki dinamai mazhab maliki..hasil ijtihad imam syafie dinamakan mazhab syafie..hasil ijtihad imam hanbali dinamai mazhab hanbali walaupun hakikatnya semua adalah agama Allah yang termaktub secara tersurat dan tersirat di dalam alquran dan hadis..begitu juga dalam masalah-masalah I’tiqad,hasil galian alquran dan hadis oleh imam Abu Hasan al Asyari dinamakan mazhab asyari..walaupun pada hakikatnya imam Abu Hasan al asyari hanya menggali,merumuskan,memfatwakan,mempertahankan apa yang sudah ada dalam quran dan hadis..
Tetapi jangan pula kita terperanjat dan bingung jika ada golongan yang menolak dan menentang asyairah berdalilkan asyairah bukanlah sebahagian dalam ahlussunnah wal jamaah..dengan apa yang dihujahkan kerana asyairah tidak menerima hadis ahad..padahal ini bertentangan dengan dengan I’tiqad ahlussunnah wal jamaah yang menerima hadis ahad..Al Khawarizmi tidak mahu menyentuh masalah ini kerana ingin menjaga sensiviti mana-mana pihak..Cuma persoalannya,,adakah faedah yang boleh kita dapati dari membahaskan seorang ulama’ yang bernama asyairah??walaupun golongan-golongan anti asyairah ini menyatakan bahawa masalah-masalah ini bersangkutan dengan akidah..dengan kata lain,bersangkutan dengan permasalahan usul..bukan furu’..insya Allah al khawarizmi akan membuat artikel pada masa akan datang khusus qaul-qaul ulama’ tentang asyairah biiznillah..kerana perbahasan tentang ini sangatlah tinggi dan rasanya tidak sesuai untuk al khawarizmi membicarakan tentang qaul-qaul ulama’ berkenaannya..apa yang khawarizmi hendak tekankan disini adalah,berpeganglah dengan Alquran dan Assunnah dalam segala aspek..manhaj khalaf adalah baik..dan manhaj salaf juga baik..tetapi yang lebih baik lagi adalah berpegang pada manhaj salaf yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu..ini bukan bermakna manhaj khalaf tidak berhati-hati..mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua..al khawarizmi memohon maaf diatas segala kesilapan dan al khawarizmi memohon supaya diberi petunjuk oleh Allah sekiranya berlaku kesilapan..(kitab rujukan I’tiqad ahlussunnah wal jamaah karangan sirajuddin abbas)..wallau a’lam
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI

ERTI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Ahlussunnah ialah penganut sunnah nabi
Arti wal jamaah ialah penganut I’tiqad sebagai I’tiqad jamaah sahabat-sahabat nabi
Kaum ahlussunnah adalah kaum yang menganut I’tiqad sebagai I’tiqad yang dianut oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi..i’tiqad nabi dan sahabat-sahabat telah termaktub dalam al-quran dan dalam sunnah rasul secara terpencar-pencar..belum tersusun secara rapi dan teratur..tetapi kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama’ usuluddin yang besar yaitu sheikh Abu Hasan Ali al Asya’ri(lahir di basrah tahun 260H)..kerana itu ada orang yang memberi nama kepada kaum ahlussunnah wal jamaah dengan kaum asyairah,jama’ dari kata asy’ari..dikaitkan dengan imam Abu Hasan tersebut..dalam kitab-kitab usuluddin juga biasa juga ijumpai perkataan sunni..kependekan ahlussunnah waljamaah..orang-orangnya dinamai sunniyyun..tersebut dalam kitab “ihtihah sadatul muttaqin” karangan imam muhammad bin muhammad al Husni az Zabidi yaitu kitab syarah dari kitab “ihya ulumuddin” karangan imam Ghazali
اذا اطلق اهل السنه فالمراد به الاشاعره والماتوردية
Ertinya:apabila disebut kaum ahlussunnah wal jamaah,maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham asya’ri dan faham abu mansur al Maturidi
Siapa Abu Mansur al Maturidi??
Abu Mansur al Maturidi adalah seorang ulama’ usuluddin yang faham dan I’tiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hasan al Asy’ari..Beliau wafat di desa yang bernama maturidi samarqand,di asia tengah pada tahun 333H..
Sudah ,menjadi adat kebiasaan dalam dunia islam,hukum-hukum agama yang digali dari quran dan hadis oleh seorang imam,maka hukum itu dinamai mazhab..hasil ijtihad imam hanafi dianamai mazhab hanafi..hasil ijtihad imam maliki dinamai mazhab maliki..hasil ijtihad imam syafie dinamakan mazhab syafie..hasil ijtihad imam hanbali dinamai mazhab hanbali walaupun hakikatnya semua adalah agama Allah yang termaktub secara tersurat dan tersirat di dalam alquran dan hadis..begitu juga dalam masalah-masalah I’tiqad,hasil galian alquran dan hadis oleh imam Abu Hasan al Asyari dinamakan mazhab asyari..walaupun pada hakikatnya imam Abu Hasan al asyari hanya menggali,merumuskan,memfatwakan,mempertahankan apa yang sudah ada dalam quran dan hadis..
Tetapi jangan pula kita terperanjat dan bingung jika ada golongan yang menolak dan menentang asyairah berdalilkan asyairah bukanlah sebahagian dalam ahlussunnah wal jamaah..dengan apa yang dihujahkan kerana asyairah tidak menerima hadis ahad..padahal ini bertentangan dengan dengan I’tiqad ahlussunnah wal jamaah yang menerima hadis ahad..Al Khawarizmi tidak mahu menyentuh masalah ini kerana ingin menjaga sensiviti mana-mana pihak..Cuma persoalannya,,adakah faedah yang boleh kita dapati dari membahaskan seorang ulama’ yang bernama asyairah??walaupun golongan-golongan anti asyairah ini menyatakan bahawa masalah-masalah ini bersangkutan dengan akidah..dengan kata lain,bersangkutan dengan permasalahan usul..bukan furu’..insya Allah al khawarizmi akan membuat artikel pada masa akan datang khusus qaul-qaul ulama’ tentang asyairah biiznillah..kerana perbahasan tentang ini sangatlah tinggi dan rasanya tidak sesuai untuk al khawarizmi membicarakan tentang qaul-qaul ulama’ berkenaannya..apa yang khawarizmi hendak tekankan disini adalah,berpeganglah dengan Alquran dan Assunnah dalam segala aspek..manhaj khalaf adalah baik..dan manhaj salaf juga baik..tetapi yang lebih baik lagi adalah berpegang pada manhaj salaf yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu..ini bukan bermakna manhaj khalaf tidak berhati-hati..mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua..al khawarizmi memohon maaf diatas segala kesilapan dan al khawarizmi memohon supaya diberi petunjuk oleh Allah sekiranya berlaku kesilapan..(kitab rujukan I’tiqad ahlussunnah wal jamaah karangan sirajuddin abbas)..wallau a’lam
DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMANMAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI
0 comments:
Post a Comment