Assalamualaikum
Apa khabar semua sahabat-sahabat Al Khawarizmi..Harap-harap antum semua berada dalam keadaan sihat wal afiat..Al Khawarizmi ingin berkongsi sedikit tentang nama-nama yang baik memandangkan ramai di kalangan kita yang menganggap panggilan nama yang mempunyai maksud tidak baik sebagai gurauan..ada dikalangan ibu bapa yang memberikan nama anak yang tidak bagus kepada anak-anak seperti “Nur Zaniyah”(Cahaya penzina)..nauzubillah..nama yang baik amatlah perlu supaya penama akan selesa dan setiap panggilan nama mempunyai doa..agak lucu bila teringat panggilan nama sahabat yang di panggil dalam bahasa bawean “kokobung”,,”kella celok”,,”apacakna” dan sebagainya
Bukankah nama-nama ini dianggap trend dan terkenal??
Jawapannya tidak..
Kerana apa??manusia memerlukan nama-nama yang baik supaya dapat menubuhkan harga diri dan kepercayaan dalam berinteraksi dengan teman sebayanya seumpamanya..Banyak Hadis yang memberikan pengarahan kepada ibu bapa supaya memberikan nama-nama kepada anak mereka dengan nama yang baik..
Ada seorang menemui Rasulullah S.A.W..Ia bernama “Shah”(sulit),,lalu Baginda memberi nasihat agar mengubah namanya menjadi “Sahl”(senang),,kerana nama ini memberi kesan positif dan menggembirakan..tidak membuat orang lain menjauh..
Ada seorang menemui Rasulullah S.A.W..Ia bernama “Shah”(sulit),,lalu Baginda memberi nasihat agar mengubah namanya menjadi “Sahl”(senang),,kerana nama ini memberi kesan positif dan menggembirakan..tidak membuat orang lain menjauh..
Ada sebahagian masyarakat yang telah memahami persoalan ini dengan baik..mereka memahami hakikat di balik nama itu dan bagaimana pengaruhnya terhadap pemilik nama,,masyarakat di mana ia tinggal,,dan citra keluarga..nama sering mengisyaratkan kewarganegaraan..setiap warganegara tertentu memiliki nama khas dan masyhur..melihat kepada peristiwa bersejarah..Di masa pemerintahan Raja Fuad banyak nama “Fuad”..masa pemerintahan Raja Faruq banyak nama “Faruq” dan begitu seterusnya..mungkin akan datang di zaman pemerintahan BAWEAN banyak nama “Rattin”,,”Lebur”,,”Gege” dan sebagainya..
Di zaman kemunculan dan kemajuan islam,,banyak kemunculan nama-nama islam..seperti nama-nama para Nabi,,Para Sahabat,,Para Tabiin,,Tokoh-tokoh islam dan seumpamanya..Sebaliknya di masa merebaknya iklim fanatisme jahili,,ada yang memberi nama anaknya “Hitler”..sampai-sampai ada yang memberikan nama anak “Facebook” yang pernah menghebohkan dunia suatu ketika dahulu..Al Khawarizmi juga risau tatkala ada yang suka membaca blog sehingga akan memberi nama anak “Blog”..
Di antara mereka juga,, ada yang menggunakan nama-nama tumbuhan seperti keluarga “Kasbir”(ketumbar),,keluarga “Laimunah”(limau),,keluarga “Bashal”(bawang merah) dan sebagainya..dalam hal ini islam mempunyai pendapat yang jelas..kita harus komitmen padanya..islam menganjurkan kepada kita untuk memilih nama-nama yang baik..
Ibnul Qayyim telah menjelaskan dalam kitab Zadul Maa’d tentang hikmah dari memilih nama yang baik..Ia mengatakan bahawa nama adalah “wadah makna” dan petunjuknya..mestilah antara nama dan erti mempunyai kesesuaian..seorang ayah memilih nama untuk anak-anak lelaki mereka yang menggambarkan kelelakian,,kesungguhan,,keberanian,,dan kemuliaan..dan untuk anak perempuan mereka,,pilihlah nama-nama yang mengandung makna iffah(sikap menjaga diri),,kesetiaan,,keikhlasan,,dan kesabaran”
Janganlah pula anak lelaki diberi nama “Isnawiyah”..Al Khawarizmi takut,,anak itu akan menjadi lembut..tetapi kalau hendak mencari isteri bernama “Isnawiyah”,,tidak menjadi masalah..sudahlah lembut sebutannya..insya Allah lembut,,setia,,sabar dan menepati ciri-ciri wanita..
Kenapa dengan nama-nama ini??adakah ianya penting??
jawapannya penting..
kerana Rasulullah S.A.W mengubah nama seseorang yang telah masuk islam dengan nama-nama islami,,yang menyenangkan dan menggambarkan makna positif..Baginda pernah mengubah nama “Al-‘Ashi”(pembangkang) dengan “Abdullah”(hamba Allah),,nama “Barah” diganti dengan “Zainab”..Rasulullah menganjurkan umatnya memilih nama-nama yang indah untuk putra putri mereka..Baginda memberitakan bahawa pada hari kiamat nanti setiap orang akan dipanggil sesuai dengan namanya dan nama ayahnya..Baginda mencintai nama-nama yang bagus kerana mempunyai daya tarik dan isyarat yang positif..
Disebutkan dalam satu riwayat bahawa Baginda memerintahkan sekelompok sahabat untuk memerah susu kambing..lalu bangkit seseorang untuk melaksanakannya..Rasul S.A.W bertanya,”Siapa namamu?” maka dia menjawab “Murrah”(pahit)”..”duduklah!”perintah Rasulullah..Lalu yang lain berdiri dan Rasul bertanya,,”Siapa namamu?”..”Harb”(peperangan)”..”Duduklah!” suruh Rasulullah..Lalu yang lain berdiri dan Rasulullah S.A.W bertanya..”Siapa namamu?”..Ia menjawab “Ya’sy”(Hidup).”Untuk kali ini Rasul S.A.W berkata,”Perahlah”
(Hadis Riwayat Malik dalam kitab Al Muwatta’ dari Yahya bin Sai’d)
Maka,,Siapakah nama anda??
Nama saya Akil Musyaddad Bin Hilman
(Orang yang mempunyai akal yang kuat,,anak kepada pemurah)
Nama saya Akil Musyaddad Bin Hilman
(Orang yang mempunyai akal yang kuat,,anak kepada pemurah)
lalu,,siapa nama anda yang membaca??
DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH ARAB SAUDI
0 comments:
Post a Comment