BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 4, 2011

SYIAH 10 Muharram


Assalamualaikum

Apa khabar sahabat Al Khawarizmi sekalian??harap-harap antum dalam keadaan sihat selalu..amin..detik demi detik,,minggu demi minggu,,bulan demi bulan..Alhamdulillah masuk tahun baru islam..selamat tahun baru kepada semua..mudah-mudahan dengan kedatangan muharram ini,,kita semua mempunyai azam baru dan sentiasa mengislah diri untuk berubah dari yang tidak baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik..

Maka di bulan Allah yang mulia ini,,Alkhawarizmi mengajak semua sahabat-sahabat supaya banyak melakukan ibadah terutamanya puasa..Masih ingat kisah Nabi Musa tatkala dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya??ketika itulah Allah menyelamatkan Nabi Musa..dan bagi menunjukkan rasa kesyukurannya,,Nabi Musa berpuasa pada hari ini yang dinamakan hari Asyura yaitu 9 dan 10 Muharram..

Oleh kerana itu,,ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdal setelah Ramadhan,,Baginda menjawab bulan Allah Muharram..

Imam Muslim serta lainnya meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda


أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْل


Puasa yang paling afdal(utama) selepas puasa bulan Ramadhan adalah puasa dibulan Allah Muharram,,dan solat yang paling afdal selepas solat fardu adalah solat malam(qiyamullail)

Walaupun ummat islam di galakkan untuk berpuasa terutamanya pada 10 muharram ini,,tetapi kaum syiah yang berpaksikan atas nama islam mengadakan ritual dan tradisi mencederakan diri sendiri..Di Iran misalnya,,mereka akan menutup kedai dan berkumpul pada 10 Muharram dan berjalan di jalan raya secara beramai-ramai dengan melukakan diri sendiri menggunakan pisau dan pedang dan alat-alat tajam lainnya..kononnya sebagai memperingati kematian saidina Husin..

mereka mendakwa kerana sayang kepada Saidina Husin,,mereka sanggup melakukan apa sahaja..

Persoalannya,,
Adakah dengan cara melukakan diri sendiri itu menunjukkan rasa kasih sayang kita??
Adakah islam menganjurkan supaya mencederakan diri sendiri??
Adakah nabi mengajarkan kepada kita terlalu taasub pada seseorang??

Kami Ahlussunnah Wal Jamaah juga sayang pada saidina Husin dan juga Ahlul Bait..tetapi kami tidak melakukan perkara-perkara mungkar seperti itu..Kami juga sedih atas kematian Saidina Husin tetapi kami tidak bodoh untuk melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan diri..

Al Khawarizmi ingin membawa sedikit Fatwa-Fatwa Ulama’ Syiah..Ulama’ Syiah(kononnya Ulama’) sendiri tidak menyetujui perkara sedemikian apatah lagi kami Ahlussunnah Wal Jamaah pasti tidak merelakan perkara ini berlaku
Ulama’-ulama’ Syiah yang telah wafat

Ayatullah al-Uzma Sayyid Muhsin Amin Jabal Amili

Qamezani dan apa sahaja peralatan peralatan menyambut Asyura yg dapat mencederakan adalah haram menurut hukum akal dan syar’i..mencederai dan melukai kepala bukan sahaja tidak memberi manfaat di dunia dan pahala di akhirat,,bahkan ia menyakiti jiwa serta haram menurut hukum syar’i..amalan ini juga menyebabkan Syiah dan Ahlul Bait menjadi buruk dalam pandangan manusia..mereka akan menganggap amalan ini sebagai tindakan biadab dan kejam..tiada syak lagi bahawa amalan ini berasal dari bisikan Syaitan dan tidak mendatangkan keredhaan Allah dan rasulnya serta Ahlul Bait

Ulama’-ulama’ Syiah yang masih hidup

Ayatullah al-Uzma Mazaheri Esfahani
Memukul badan dengan pisau dan semisalnya adalah haram..

Ayatullah al-Uzma Sayyid Kazim Haeri
Perkara khurafat seperti Qamezani menyebabkan Islam dan Syiah mendapat pencitraan buruk..


jelas ulama’ Syiah juga tidak membenarkan perkara ini..Cuma perlu diperhatikan oleh para pembaca,,pendapat-pendapat ini merupakan pendapat dari ulama’ syiah..sengaja Al Khawarizmi memberikan dalil dari kalangan Ulama’ mereka supaya kita terbuka hati bersama bahawa amalan melukakan diri sendiri adalah perkara keji..dan bukan Al Khawarizmi menyokong pendapat mereka(ulama’ syiah)..kerana banyak lagi kebatilan dan keburukan syiah amat jelas dalam perkara-perkara lain lebih-lebih lagi dalam bab Aqidah mereka..








Akhir kalam Al Khawarizmi berdoa agar kita semua sentiasa di bawah lindungan ilahi dan mudah-mudahan mereke(Syiah) mendapat hidayah dari Allah..

DISEDIAKAN OLEH,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH ARAB SAUDI





 




Thursday, November 24, 2011

Hebatnya Wanita Berbanding Lelaki



Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat Al-khawarizmi yang dikasihi..harap-harap sentiasa di bawah keredhoaan Ilahi..amin..

Ada yang bertanya,,kenapa Al khawarizmi tidak kerap menulis blog??
sebenarnya Al khawarizmi akan menulis blog jika mendapat permintaan dari sahabat-sahabat semua supaya dijelaskan di blog..sebelum ini ramai permintaan rakan-rakan yang meminta Al khawarizmi supaya membahaskan sesetengah tajuk di blog..Cuma Al khawarizmi agak sibuk dengan masa study dan juga jadual Al khawarizmi yang cukup padat dan tidak mempunyai peluang untuk menulis blog..Alhamdulillah,,Al khawarizmi diberi kesempatan kali ini untuk menulis blog..oleh itu,,sekali lagi Al khawarizmi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Nur Alista Salim@Elissa Salim atas cadangan tajuk yang diberikan iaitu “Hebatnya Wanita Berbanding Lelaki”..

Bila kita sebut WANITA..Apa yang dapat digambarkan dalam benak pikiran kita adalah sesuatu yang abstrak yang ingin dimiliki..jika dia seorang ayah,,ingin anak perempuanya dimiliki oleh seorang lelaki soleh..jika dia seorang adik,,ingin kakaknya dimiliki oleh seorang abang yang soleh..jika dia seorang remaja,,ingin hatinya dimiliki oleh seoarang wanita..ini boleh dikatakan bahawa wanita itu adalah perhiasan dunia..

Di dalam surah Ali Imran ayat 14,,Allah S.W.T menjelaskan

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan dari segi perempuan-perempuan,,anak-anak,,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,,kuda pilihan,,haiwan ternakan dan ladang sawah..itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah adalah tempat kembali yang baik”

Walaupun sedemikian,,Di zaman Jahiliyyah,,wanita bukanlah perhiasan tetapi sebagai boneka yang hanya menjadi mainan kehidupan..Mengimbas kembali nasib wanita dalam masyarakat arab jahiliyyah..wanita sangat ditindas,,buktinya apabila seorang ibu melahirkan anak perempuan,,maka anak yang dilahirkan akan dibunuh kerana menganggap anak perempuan membawa sial..wanita hanya dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu..sehingga wanita boleh dikahwini tanpa had..pekerjaan wanita hanyalah di dapur,,menjadi teman di tempat tidur,,menjadi hamba yang akur,,

Tetapi islam tidak menindas wanita bahkan mengagung-agungkan wanita..sehingga wanita ini terkenal dengan kehebatannya..maka peranan wanita dalam melengkapi kehidupan seorang lelaki amatlah penting kerana lelaki tidak akan berjaya dengan sukses tanpa ditunjangi seorang wanita..

Persoalannya,,
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita secantik Balqis??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita setulus Zulaikha??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita sekuat Sarah??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita yang didambakan seperti Khadijah??

Jawapannya,,semua insan bernama Adam pasti menginginkannya hatta dia bergelar seorang penjahat,,bergelar seorang pencuri,,bergelar seorang penyamun..semuanya mendambakan wanita seperti ini..kenapa??kerana fitrah seorang insan menginginkan wanita yang terbaik untuk dijadikan bidadari dalam kehidupan


SUBHANALLAH!!HEBATNYA WANITA

Oleh yang sedemikian,,Tidak sedikit lelaki yang rebah di buaian wanita..Al khawarizmi ingin mengajak semua mengingati kisah Julius Caesar..sekuat-kuat Julius Caesar akhirnya jatuh tatkala berdepan dengan Cleopatra..Mark Anthony ketua tentera yang menggantikan Julius Caesar juga jatuh ke tangan Cleoparta..Ramai sungguh pemimpin hebat dunia kalah dengan pujuk rayu seorang yang bergelar wanita..sehebat-hebat lelaki boleh ditipu oleh selemah-lemah wanita..

Gara-gara wanita,,lelaki perkasa menitiskan air mata,,gara-gara wanita lelaki hebat kecundang kerananya..Oleh kerana itu,,gunakanlah kehebatan dan kekuasaan wanita untuk membangunkan lelaki bukan untuk menjatuhkan lelaki..lelaki pasti kalah dengan pujuk rayu wanita apatah lagi tatkala nafsunya bergelojak,,atau rasa kecintaanya sedang memuncak..

Ketika mana Al khawarizmi menuntut ilmu di Pondok Pesantren Tamhidy Ilmu Qiraat Al Furqan,,kecamatan Kedung Kandang,,Buring,,Malang,,Jawa Timur,,Indonesia  suatu ketika dahulu,,Al khawarizmi tertarik dengan kisah yang diberitakan oleh Kiyai Al Khawarizmi bernama Kiyai Abul A’liyah Silahul Hawa..

Dikisahkan seorang lelaki bergelar ustaz yang dikenali ramai..ketika mana beliau berceramah,,dapat menyentuh hati para pendengar..ketika beliau bernada sedih,,dapat memberikan satu tarikan dahsyat sehingga mengalirkan air mata pendengar..ketika beliau bernada lucu dapat mentertawakan pendengar..ketika beliau bernada gembira dapat mengembirakan pendengar..Lalu seseorang tertarik dan tertanya-tanya rahsia kehebatan ceramah beliau..dan antara dialog beliau

jamaah : Bagaima ustaz hebat berceramah??
Ustaz : Ini kerana hasil saya sendiri
Isteri Ustaz : Tidak!Ini kerana saya yang membantu dan tunjang beliau berjaya
Ustaz : Tidak mungkin kamu membantu saya kerana ini hasil nukilan saya..kamu tidak memberikan idea tentang penulisan saya
Isteri Ustaz : OK..Lihat minggu hadapan ketika kamu berceramah..adakah kamu hebat seperti sekarang

Maka hari silih berganti,,ketikamana Ustaz tadi ingin menulis satu artikel untuk dibawa berceramah,,datang si isteri menyuruh menggendong anaknya kerana si isteri ingin membeli barangan keperluan dapur..seterusnya ketikamana si Ustaz ingin menulis artikelnya,,datang lagi si isteri menyuruh ini dan itu..sehingga sampai waktu untuk Ustaz ini berceramah..Akhirnya,,para pendengar sangat khairan dengan Si Ustaz yang dikenali ramai..dahulu kaya dengan idea..sekarang kosong dengan idea..ibarat tin kosong yang hanya dibuka dan tidak mempunyai apa-apa..

Ini membuktikan bahawa kehebatan wanita terhadap lelaki bagi menyokong dakwah seorang lelaki..maka,,gunakanlah kehebatan kamu wahai wanita sebagai penunjang kehebatan lelaki bergelar suami..

Banyak lagi kisah-kisah Ulama’ yang jatuh kerana Wanita..Cuma harapan Al Khawarizmi kepada wanita adalah jadilah kerang yang didalamnya mempunyai mutiara..jangan jadi seperti drum yang hanya bunyi ketika kosong dan diam apabila di iisi..kerana Al Khawarizmi sebagai seorang lelaki inginkan bidadari sebagai tunjang kejayaan Al khawarizmi dan sebagai pendidik untuk zuriat-zuriat nanti..semoga memberi manfaat

DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,,ARAB SAUDI






Tuesday, November 15, 2011

Namamu Kella Celok??


Assalamualaikum
Apa khabar semua sahabat-sahabat Al Khawarizmi..Harap-harap antum semua berada dalam keadaan sihat wal afiat..Al Khawarizmi ingin berkongsi sedikit tentang nama-nama yang baik memandangkan ramai di kalangan kita yang menganggap panggilan nama yang mempunyai maksud tidak baik sebagai gurauan..ada dikalangan ibu bapa yang memberikan nama anak yang tidak bagus kepada anak-anak seperti “Nur Zaniyah”(Cahaya penzina)..nauzubillah..nama yang baik amatlah perlu supaya penama akan selesa dan setiap panggilan nama mempunyai doa..agak lucu bila teringat panggilan nama sahabat yang di panggil dalam bahasa bawean “kokobung”,,”kella celok”,,”apacakna” dan sebagainya

Bukankah nama-nama ini dianggap trend dan terkenal??

Jawapannya tidak..
Kerana apa??manusia memerlukan nama-nama yang baik supaya dapat menubuhkan harga diri dan kepercayaan dalam berinteraksi dengan teman sebayanya seumpamanya..Banyak Hadis yang memberikan pengarahan kepada ibu bapa supaya memberikan nama-nama kepada anak mereka dengan nama yang baik..

Ada seorang menemui Rasulullah S.A.W..Ia bernama “Shah”(sulit),,lalu Baginda memberi nasihat agar mengubah namanya menjadi “Sahl”(senang),,kerana nama ini memberi kesan positif dan menggembirakan..tidak membuat orang lain menjauh..

Ada sebahagian masyarakat yang telah memahami persoalan ini dengan baik..mereka memahami hakikat di balik nama itu dan bagaimana pengaruhnya terhadap pemilik nama,,masyarakat di mana ia tinggal,,dan citra keluarga..nama sering mengisyaratkan kewarganegaraan..setiap warganegara tertentu memiliki nama khas dan masyhur..melihat kepada peristiwa bersejarah..Di masa pemerintahan Raja Fuad banyak nama “Fuad”..masa pemerintahan Raja Faruq banyak nama “Faruq” dan begitu seterusnya..mungkin akan datang di zaman pemerintahan BAWEAN banyak nama “Rattin”,,”Lebur”,,”Gege” dan sebagainya..

Di zaman kemunculan dan kemajuan islam,,banyak kemunculan nama-nama islam..seperti nama-nama para Nabi,,Para Sahabat,,Para Tabiin,,Tokoh-tokoh islam dan seumpamanya..Sebaliknya di masa merebaknya iklim fanatisme jahili,,ada yang memberi nama anaknya “Hitler”..sampai-sampai ada yang memberikan nama anak “Facebook” yang pernah menghebohkan dunia suatu ketika dahulu..Al Khawarizmi juga risau tatkala ada yang suka membaca blog sehingga akan memberi nama anak “Blog”..

Di antara mereka juga,, ada yang menggunakan nama-nama tumbuhan seperti keluarga “Kasbir”(ketumbar),,keluarga “Laimunah”(limau),,keluarga “Bashal”(bawang merah) dan sebagainya..dalam hal ini islam mempunyai pendapat yang jelas..kita harus komitmen padanya..islam menganjurkan kepada kita untuk memilih nama-nama yang baik..

Ibnul Qayyim telah menjelaskan dalam kitab Zadul Maa’d tentang hikmah dari memilih nama yang baik..Ia mengatakan bahawa nama adalah “wadah makna” dan petunjuknya..mestilah antara nama dan erti mempunyai kesesuaian..seorang ayah memilih nama untuk anak-anak lelaki mereka yang menggambarkan kelelakian,,kesungguhan,,keberanian,,dan kemuliaan..dan untuk anak perempuan mereka,,pilihlah nama-nama yang mengandung makna iffah(sikap menjaga diri),,kesetiaan,,keikhlasan,,dan kesabaran”

Janganlah pula anak lelaki diberi nama “Isnawiyah”..Al Khawarizmi takut,,anak itu akan menjadi lembut..tetapi kalau hendak mencari isteri bernama “Isnawiyah”,,tidak menjadi masalah..sudahlah lembut sebutannya..insya Allah lembut,,setia,,sabar dan menepati ciri-ciri wanita..

Kenapa dengan nama-nama ini??adakah ianya penting??

jawapannya penting..
kerana Rasulullah S.A.W mengubah nama seseorang yang telah masuk islam dengan nama-nama islami,,yang menyenangkan dan menggambarkan makna positif..Baginda pernah mengubah nama “Al-Ashi”(pembangkang) dengan “Abdullah”(hamba Allah),,nama “Barah” diganti dengan “Zainab”..Rasulullah menganjurkan umatnya memilih nama-nama yang indah untuk putra putri mereka..Baginda memberitakan bahawa pada hari kiamat nanti setiap orang akan dipanggil sesuai dengan namanya dan nama ayahnya..Baginda mencintai nama-nama yang bagus kerana mempunyai daya tarik dan isyarat yang positif..

Disebutkan dalam satu riwayat bahawa Baginda memerintahkan sekelompok sahabat untuk memerah susu kambing..lalu bangkit seseorang untuk melaksanakannya..Rasul S.A.W bertanya,”Siapa namamu?” maka dia menjawab “Murrah”(pahit)”..”duduklah!”perintah Rasulullah..Lalu yang lain berdiri dan Rasul bertanya,,”Siapa namamu?”..”Harb”(peperangan)”..”Duduklah!” suruh Rasulullah..Lalu yang lain berdiri dan Rasulullah S.A.W bertanya..”Siapa namamu?”..Ia menjawab “Ya’sy”(Hidup).”Untuk kali ini Rasul S.A.W berkata,”Perahlah”

(Hadis Riwayat Malik dalam kitab Al Muwatta’ dari Yahya bin Sai’d)

Maka,,Siapakah nama anda??
Nama saya Akil Musyaddad Bin Hilman
(Orang yang mempunyai akal yang kuat,,anak kepada pemurah)

lalu,,siapa nama anda yang membaca??

DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH ARAB SAUDI

Saturday, November 12, 2011

Pakaian Bergambar Dalam Solat?-Versi Bahasa Bawean-


Assalamualaikum

Al Khawarizmi terpanggil sekali lagi apabila ada seorang sahabat bertanya tentang permasalahan dan di minta untuk berkongsi bersama..kawan Al Khawarizmi merupakan anak bawean dan kebetulan Al Khawarizmi juga keturunan Bawean..maka Al Khawarizmi mengambil langkah alternatif untuk menulis blog ini dengan bahasa Bawean..walaupun tidaklah semua perkataan Bawean yang Al Khawarizmi tahu,,sekurang kurangnya Al Khawarizmi berusaha untuk menggunakan Bahasa Bawean

Al Khawarizmi diajukan dengan satu soalan berkenaan “hukum memakai pakaian bersalib atau bergambar di dalam solat”

Al Khawarizmi merujuk
kitab Fathul Bari dalam bab

إِنْ صَلَّى فِي ثَوْبٍ مُصَلَّبٍ أَوْ تَصَاوِيرَ هَلْ تَفْسُدُ صَلَاتُهُ وَمَا يُنْهَى عَنْ ذَلِكَ

Al Khawarizmi ingin menterjemahkan buku Bahasa Arab ini kepada Bahasa Bawean supaya mudah di fahami oleh segenap masyarakat terutamanya anak Bawean kerana Al Khawarizmi sangat cinta kepada anak Bawean walaupun agak janggal untuk Al Khawarizmi menterjemahkan kepada bahasa Bawean kerana Al Khawarizmi bukanlah ahli bahasa Bawean..

E delem Kitab Fathul Bari delem bab “olle atau endek mon bede oreng sempejeng pake kolampi se andik gamber salib atau bede gamber-gamber??sempejengnga rosak atau endek??dan apa se elereng delem keadaanna teyak”

Hadis Rasulullah S.A.W dare imam Malik bin Anas

عن انس بن مالك : كان قرام لعائشة سترت به جانب بيتها فقال النبي صلي الله عليه وسلم : اميطي عنا قرامك هذا , فانه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي

Artena,,Dare Anas Bin Malik : Aisyah bede terai (tepes,,bede warna,,kalaben bede gamberna) senape  epake tok notopi e sampeng bengkona..Maka Nabi Muhammad S.A.W bersabda , palepas teraina teyak karna gember-gemberna ekadepak(terbayang)  e delem sempejeng..

KATERANGANNA HADIS

mon bede oreng sempejeng pake kolampi gamber salib aropa tolesan,,lokesan atau ukiran..beremma sempejengnga??rosak apa endek??

Imam Bukhari bede pendirian pakkun ka kaedahna dek terro ma masteaken masalah se pakkun delem perselisihan..se nape masalah teyak masok ka masalah se eperselisihkan ulama’..

Perselisihanna,,apakah larangan se emaksod aken rosakna atau apa se elarang atau tidak??
maka jumhur ulama’ sapakat mon larangan teyak bede kaetanna ka makna kalakoanna se delem sempejeng,,maka konsekuensina akan rosak kalakoanna se delem sempejeng..

secara lahiriyah,,maksod hadis teyak dek mencakop arte sakappina bab edelem judul teyak kacoale perenungan kalaben pamekeran se delem..se nape meske teraina bede gamberna,,Nabi Muhammad dek pake,,tadek salebna,,serta tadek larangan se teges delem sempejeng..masalah teyak olle ejeweb dengan

1. Mon tirai peyi dek olle,,paste pakaina keyan dek olle

2. Hokom pakaian saleb sama artina hokom pakain se bede gamber..karena terkadang kadue-duena e sembah sebagai tandinganna Pangeran(Allah)

3. Parentah tok menghilangkanna mencakup larangan dek olle memakaina


Bule(ngocakna Ibnu Hajar) melihat maksod ocapanna Imam Bukhari,,”Bersaleb” adalah isyarat bagi lafazna se esebbut sa bahagianna jalur periwayatan hadis teyak se nape kebiasaanna se elakone..Riwayat se epamaksod aken telah esebbut  delem kitab (Al Libas)pakaian,,melaui jalur Imran dare Aisyah..sebagaimana ocapanna,,


لم يكن رسول الله (ص) يترك في بيته شيئا في تصليب الا نقضه


Rasulullah dek pernah membiarkan saleb e bengkona kacoale e pahancor

Delem Riwayat Al Ismaili
سترا او ثوبا
terai atau kaen


تعرض
(depak) maksodna terbayang-bayang..Hadis teyak mengarte aken sempejeng dek rosak karena hal demikian..karena kanjeng Nabi dek pa ambu sempejengnga dan dek ma olang sempejengnga..

akhir kata,,semoga perik manfaat ka anak pebiyen khososna..bule nyo ona pangaporana mon dek pender ngocak pebiyen..

p/s : ketab aslena olle erujuk ka ketab bahasa Arab namana Fathul Bari seekarang Imam Ibnu Hajar As qolani delem bab sempejeng


DISEDIAKN DAN DITERJEMAHKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,,ARAB SAUDI



Sunday, September 18, 2011

HINA NABI DAN PERANAN SEORANG MUSLIM


Al khawarizmi terpanggil sekali lagi untuk membuat artikel berkenaan masalah yang bersangkutan dengan sensiviti ummat islam..ketika al khawarizmi sedang asyik berbincang dengan seorang kenalan di facebook..alkhawarizmi terbaca satu “post” di FB(facebook) jia najihah al hafizah..seorang mahasiswi MARSAH berkenaan FB yang menghina nabi dan agama islam itu sendiri..terima kasih kepada jia atas kekhawatiran terhadap ummat islam..

Dewasa ini,kita sering digemparkan dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemarahan ummat islam diseluruh dunia..salah satu diantaranya berkenaan kartun-kartun yang dilukis bagi tujuan menghina nabi Muhammad SAW..dunia yang semakin pesat dengan kemodenan teknologi membantu golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini lebih mudah untuk menghina islam..baik berupa Blog,facebook,twitter,myspace,youtube dan lain-lain..baru-baru ini alkhawarizmi dapat mengecam beberapa FB yang sesat lagi menyesatkan..sudahlah sesat nak ditambah menyesatkan orang lain..maka sepantasnya laknatullah alaihim keatas mereka..

Nabi Muhammad adalah kekasih Allah..barangsiapa yang menyakiti nabi sama sahaja menyakiti Allah..apa lagi menghina nabi..nauzubillah thumma nauzubillah.. perlu diketahui bahawa orang-orang ya**di tidak akan pernah redha dengan islam sebagaimana yang telah dikhabarkan didalam al Qur’an..begitu juga kita boleh merujuk pada firman Allah dalam surah Al-Kafirun..sebagai seorang muslim,,alkhawarizmi sangat-sangat perihatin kepada ummat islam kerana secara tidak langsung,,racun-racun yang dibawa oleh zionis kafir laknatullah disebarkan kepada PEMIKIRAN-PEMIKIRAN ummat islam..

Sebelum al-khawarizmi mengulas lebih lanjut,,sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang kafir tidak akan pernah lelah dan putus asa untuk menjatuhkan ummat islam..jadi yang perlu dilakukan adalah kita hendaklah memastikan racun-racun yang dibawa tidak dapat masuk ke pemikiran kita..apa yang alkhawarizmi perhatikan,,individu-individu yang menghina islam adalah dari kalangan ya**di dan kristian..Cuma segelintir ummat islam yang dipengaruhi dengan kata-kata mereka..sehingga akhirnya banyak yang mendaftar untuk keluar dari islam(murtad) dan mereka lancang menghina nabi mereka..nauzubillah thumma nauzubillah..

Banyak cara dakwah yang kita boleh gunakan sesuai kepada orang yang kita dakwah..yang perlu kita garis bawahi terlebih dahulu,,individu-individu yang termakan dengan kata-kata kafir sehingga sanggup menghina islam terdapat dua golongan..
1)      Mereka menjatuhkan islam dengan ilmu mereka sendiri
2)      Mereka menjatuhkan islam dengan kebodohan mereka..dengan kata lain dengan kejahilan mereka

Maka al-khawarizmi berpendapat,,bagi mereka yang jahil tentang ilmu agama,,seharusnya sebagai seorang muslim yang baik,,cara pendekatan yang harus digunakan adalah dengan membimbing mereka..
Alkhawarizmi mengagumi keperihatinan individu-individu yang sangat marah kepada mereka yang menghina islam..Cuma alkhawarizmi kurang setuju dengan kata-kata celaan yang dikeluarkan dari mulut-mulut mereka..apa hasil yang boleh diperolehi??adakah dengan cara hinaan dan ejekan akan menjernihkan keadaan??
alkhawarizmi pernah mengkaji satu buku yang bertajuk “nahnu dua’tun la qudatun”..kita adalah para dai’,,bukan tukang vonis(hakim)..buku ini sangat menarik jika dikaitkan dengan bagaimana menyampaikan dakwah kepada masyarakat..dakwah memiliki sifat menyeru,,mengajak,,dan adanya proses tawar menawar ( selama tidak bertentangan dengan syariat ).
dalam dakwah ada beberapa kaedah yang sering dipakai yaitu:”memberi berita gembira, bukan menakut-nakuti”.
Dan yang menetapkan kaedah tersebut adalah baginda Rasulullah SAW,,sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Dari Abu Musa r.a. ia berkata :”Rasulullah saw, setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “ berilah kabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”.
Oleh Karena itu,,jika di dalam buku tersebut diceritakan bahwa ada sekelompok dai’ yang senang memvonis,,jelas hal tersebut tidak sejalan dengan kaedah dakwah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw..bahkan di dalam Al-Qur’an dengan terang benderang telah dijelaskan kepada kita bahwa dengan pendekatan dakwah yang baik ( billati hiya ahsan )

Walaupun kita dihina,,dipukul dan sebagainya..janganlah merasa putus asa dan akhirnya mengutuk mereka semula..cube lihat perjuangan dakwah nabi..hatta dibaling najis,,nabi tetap menziarahi orang yang membaling najis tadi apabila ditimpa penyakit sehingga akhirnya orang tersebut masuk islam kerana kagum dengan islam..Masya Allah tabarakallah..akhirnya seorang yang tadinya sangat memusuhi dakwah boleh berubah menjadi seakan-akan teman yang sangat dekat..

Adapun mereka yang menjatuhkan islam dengan ilmu mereka sendiri,,termasuklah salah satu dari 6 golongan yang sukar menerima dakwah..ini berdasarkan sedikit kajian,, pemerhatian dan penelitian dalam al-Quran,,hadis dan sirah Nabi Muhammad SAW


6 golongan yang sukar menerima dakwah

1)mereka yang menolak kebenaran 

"Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun."

Surah Al-Anfaal: Ayat 22


Maksudnya, manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran.
(Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini,,setelah mendengar seruan Nabi Muhammad SAW,,mereka mengingkarinya dan mengatakan itu adalah amalan orang-orang lama (konservatif) dan pemikiran yang beku (jumud).. Mereka menolak hadis-hadis daripada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan,,malah mengatakan hadis-hadis inilah punca perselisihan dan perpecahan umat Islam sekarang..
Orang-orang seperti ini sangat sukar menerima dakwah kerana mereka sendiri enggan mengakui akan kebenaran Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW..

2)Mereka yang taasub mengikuti tradisi 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak),tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga),,walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

 Surah Al-Baqarah: Ayat 170

Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung,,tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan,,iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung.
(Rujukan: Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini,,manusia tidak terlepas daripada mengikut tradisi nenek moyang mereka walaupun hal itu bertentangan dengan syariat..amalan-amalan khurafat zaman dahulu seperti keris sakti pusaka,,cincin geliga yang mampu menyembuhkan penyakit,,gelang dan rantai yang dapat memberi kesihatan dan pelbagai lagi sekutu-sekutu yang diciptakan bagi menidakkan kekuasaan Allah yang Maha Agung..

3)menyangka majoriti adalah kebenaran

 Apa yang dimaksudkan adalah melihat ramai orang yang melakukan sesuatu kemungkaran dan kita menyangka bahawa perkara itu dibolehkan dalam syariat..contohnya wanita yang memakai tudung yang jarang,,wanita yang berbaju lengan pendek dan mempamerkan bentuk badan,.dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan syariat.
Walaupun contoh diatas pelakunya adalah wanita,,tetapi di belakangnya terdapat kaum lelaki yang membiarkan malah menganjurkannya pula kerana mereka (lelaki) juga menyangka perkara itu dibolehkan..Ini termasuk para suami dan para bapa,.sedangkan lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita dan mereka akan ditanya tentang kepimpinan mereka..
Apa yang penting adalah,.kebenaran itu didasari dengan ilmu..di manakah pula cara,.atau sumber kepada ilmu bagi mendapatkan kebenaran?
Jawapannya adalah al-Quran dan hadis termasuk juga ijtihad dan kesepakatan seluruh ulama..Selain itu,,terdapat juga ijtihad perseorangan ulama yang muktabar (kepelbagaian pendapat).,Kebenaran itu tidak semestinya mengikut majoriti,mjika terdapat kesalahan dan kesilapan orang terdahulu kemudian setelah diketahui kebenarannya,,hendaklah kita menerima dengan hati yang terbuka dan perbetuli kembali kesalahan dan kesilapan itu agar tidak membiarkan generasi akan datang terus menerus dalam kesilapan..
Daripada Abu Hurairah r.a.,,Rasulullah SAW bersabda, "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Ia (Abu Hurairah) bertanya, Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?" Beliau (Nabi SAW) menjawab, "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya,,maka tunggulah saat kehancuran."

 Sahih Bukhari: 1746

4)mereka yang berilmu pengetahuan

"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu."

Surah Al-Mukmin: Ayat 83

Di antara orang yang paling sukar didakwahkan juga adalah orang yang menyangka dia sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup..Sebarang pendapat yang berlainan dengannya akan ditentang habis-habisan walaupun bertentangan dengan hadis Nabi SAW..Mereka akan berhujah dengan kitab itu dan ini,,kata-kata guru itu dan guru ini malah mereka lebih mengikut pendapat guru dan kitab mereka melebihi perkataan Rasulullah SAW sendiri..

5)orang yang mempunyai pangkat,,harta dan kuasa

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat daripada Kami, ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui."

 Surah Az-Zumar: Ayat 49

Umum kita mengetahui sepanjang sejarah dakwah para Rasul dan Nabi mempunyai banyak tentangan daripada orang yang mempunyai pangkat,,harta dan kuasa (sila rujuk sirah para Nabi dan Rasul)..Keadaan ini berterusan pula sehingga ke hari ini,,tetapi perlu diingat bahawa pengulangan sejarah ini adalah sebagai satu pengajaran buat umat zaman akhir ini. Apakah yang telah terjadi kepada orang-orang yang menentang risalah Rasul mereka?mereka menerima kebinasaan di dunia dan di akhirat..
Mereka menganggap segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Agung adalah kerana hasil usaha mereka sendiri. Mereka lupa bahawa nikmat itu pasti akan ditanya kembali pada hari pembalasan mengenai apakah yang telah mereka perbuat terhadap nikmat itu..maka alkhawarizmi mengajak kita perhatikan kata-kata Qarun:
Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka

Surah Al-Qashash: Ayat 78

Kedua-dua ayat diatas menyatakan akan kesombongan golongan yang kelima ini..apabila didakwahkan kepada mereka agar mentaati perintah Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya, mereka sangat sombong..mereka berkata ada perkataan yang lebih baik dari itu pada zaman moden ini..Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menambah kekayaan mereka sahaja dan takut rugi dari segi kehilangan pengaruh dan kuasa.

6)sangka buruk

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjing (memfitnah, mengumpat atau mengata) satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

 Surah Al-Hujuraat: Ayat 12

Mereka ini sentiasa bersangka buruk pada orang lain,,terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan daripada mereka./Mereka mencari-cari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri..Mereka juga menganggap mudah mengenai hal-hal ilmu agama dan melihat orang lain lebih rendah dari mereka..
Kesimpulannya..walaupun kita terpaksa hadapi orang-orang yang sedemikian,,janganlah pernah kita putus asa..mereka sukar didakwah tetapi yakinlah setiap amalan ikhlas yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah dengan kebaikan..alkhawarizmi suka membuat perumpamaan seperti kita sayang pada seseorang..pasti kita akan terus menerus untuk memilikinya walaupun orang yang kita sayang “jual mahal”..
Kesabaran dalam berdakwah amat diperlukan,,janganlah sesekali berputus asa kerana putus asa hanyalah sikap orang kafir..
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.."

Surah Al-Baqarah: Ayat 153

Daripada Mu'awiyah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia."

Sahih Muslim: 1873

akhir kalam,,alkhawarizmi mendoakan supaya kita semua sentiasa dibawah lindungan ilahi..dapat memelihara nikmat islam,,iman,,dan juga ihsan..mudah-mudahan saudara kita terbuka mata hati untuk merasai nikmat islam..kerana sudah pasti hanya islam lah satu-satunya agama yang diREDHAI Allah..
p/s : tanda “ya**di” memang sengaja alkhawarizmi tulis sedemikian..kerana alkhawarizmi mendapat khabar,,sekiranya kita menulis perkataan ya**di dengan lengkap,,maka otomatik segala penulisan kita yang dipamerkan diinternet akan masuk ke jaringan ya**di..dan mereka akan memerhatikan segala penulisan kita..dan mereka boleh membuat apa sahaja dengan segala penulisan kita..maka berhati-hatilah..

DISEDIAKAN OLEH,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI









Friday, April 15, 2011

Ingat tak??Untukmu Teman

Muhammad Noraizuddin bin Nordin..salah satu nama dari nama-nama ulama’..

Teman,,
ingat tak dikau pernah kata kita mesti bersatu untuk berdakwah di Johor??
Ingat tak dikau yang membuatkan email google alkhawarizmi??
Ingat tak dikau yang mencadangkan al khawarizmi untuk membuat blog??
Ingat tak kita sama-sama berpakat untuk menegakkan akidah yang benar??
Ingat tak dirimu tidak mengenal erti lelah untuk sentiasa memberi nasihat kepada al khawarizmi??
Ingat tak kita bersembang sehingga menjelang subuh di malam terakhir bersamamu??
Ingat tak kata-katamu yang nak menjadi salah seorang penghuni kubur Baqi’ madinah??
Ingat tak????

Walaupun semuanya itu mustahil untuk dikau ingat kerana dikau telah di ambil oleh Allah..tetapi al khawarizmi tetap akan ingat semua itu..terima kasih teman..walaupun dirimu sudah tiada lagi,,tapi jasamu akan tetap dikenang..al khawarizmi masih ingat gelak ketawa kita..al khawarizmi masih ingat nasihat kita..al khawarizmi masih ingat tawa canda kita..al khawarizmi selalu berbincang-bincang masalah agama dengan dirimu..al khawarizmi selalu tidur di bilikmu..al khawarizmi tahu walaupun suasana ini tidak akan wujud seperti dulu lagi..tapi al khawarizmi harus meneruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu di madinah munawwarah ini..walaupun agak berat rasanya al khawarizmi menerima kenyataan ini..tetapi al khawarizmi akur dengan ketentuan ilahi..kerana ilahi lebih menyayangi dirimu dan kerana ilahi lebih mengetahui di atas segala-galanya..

Teman,,
Berbahagialah kerana dirimu wafat di madinah..dikau dipilih Allah..

Ingat tak??

Rasulullah SAW bersabda

من استطاع منكم ان يموت بالمدينة فليفعل فاني اشهد لمن مات فيها

Barangsiapa dikalangan kamu mampu untuk mati di madinah maka lakukanlah kerana sesungguhnya aku menjadi saksi kepada siapa yang mati padanya
Diriwayatkan At turmizi,Ibnu majah dan lain-lain

Teman,,hadis ini menunjukkan kelebihan wafat di madinah..seolah-olah nabi menyuruh kita mati di madinah kalau ada kemampuan pada diri kita..bukan bermakna bunuh diri atau sebagainya..tapi inilah menunjukkan betapa mulianya orang yang meninggal dunia di madinah..

Teman,,
Air mata ini tidak dapat menahan tatkala mengingati dirimu..terlalu banyak jasa mu pada al khawarizmi..walaupun kita hanya baru kenal 6 bulan..tapi amat bermakna semua itu..
Teman,,
Kepergianmu membuatkan air mata al khawarizmi mengalir..Al khawarizmi nangis bukan meratapi kematianmu..tapi menunjukkan kasih sayang al khawarizmi padamu..Kerana al khawarizmi tahu tentang hukum meratapi kematian..

Ingat tak??

Dikau senantiasa memberi semangat dan dorongan supaya al khawarizmi menjadikan blog sebagai medan dakwah..Dan dikesempatan ini,,al khawarizmi akan berkongsi ilmu sedikit kepada mereka yang nangis kerana sayang padamu dan mereka yang meratap kematianmu..

baiklah memang tidak dinafikan orang yang mengenali dirimu amat sedih apabila ditiggalkan seorang sahabat yang disayangi..tapi dengan kesedihan ini kadang-kadang kita sering lupa perbezaan hukum meratap si mayit dan menangis kerana kasih padanya..

Al khawarizmi mengambil rujukan dalam kitab minhajul muslim,,bab “TIDAK BOLEH MERATAPI SI MAYIT DAN DI BOLEHKAN MENANGIS”
Meratap disisi mayit diharamkan berdasarkan sabda nabi Muhammad SAW

Pertama

ان الميت ليعذب ببكاء الحى

Sesungguhnya mayit diseksa kerana tangisan orang yang masih hidup
Diriwayatkan Al Bukhari

Kedua

من نيح عليه فانه يعذب بما نيح عليه

Barangsiapa diratapi,ia disiksa sesuai kerana diratapi
Diriwayatkan Muslim

ketiga

Rasulullah SAW membaiat para wanita untuk tidak meratap..ini dikatakan Ummu Athiyyah Radiyallahu Anha sepertimana yang disebutkan dalam hadis sohih
Rasulullah SAW bersabda

اني بريء من الصالقة والحالقة والشاقة

Sesungguhnya aku lepas tangan dari wanita yang menjerit-jerit ketika mendapatkan musibah,wanita yang mencukur rambutnya ketika mendapatkan musibah dan wanita yang mengoyak-ngoyakkan kainnya
Diriwayatkan Al Bukhari

Adapun menangis,maka diperbolehkan kerana Rasulullah SAW bersabda ketika anaknya Ibrahim meninggal dunia,,

Pertama
baginda bersabda
“Sesungguhnya mata mengeluarkan air mata,hati sedih,kita tidak berkata kecuali apa yang diredhoi tuhan kita,dan kita semua amat bersedih dengan kematianmu,hai Ibrahim
Diriwayatkan Al Bukhari

kedua
Rasulullah menangis atas kematian Umamah cucunya dari Zainab..Ditanyakan kepada beliau
“Wahai Rasulullah,engkau menangis,bukankah engkau pernah melarang kami menangis??”

Rasulullah SAW bersabda

“Ini kasih sayang yang dimasukkan Allah ke hati hamba-hamba nya dan sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambanya yang penyayang”
Diriwayatkan Al Bukhari..

Ini lah serba sedikit yang dapat alkhawarizmi kongsi bersama..akhir kalam al khawarizmi berdoa semoga arwah aizuddin ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..amin

Teman,,dirimu dalam kenangan
                                                                      

Muhammad Noraizuddin
Meninggal dunia pada 14/4/2011
Ketika mandi manda di laut hasi,arab saudi
Student Universiti Islam Madinah

DISEDIAKAN OLEH,,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI