BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 24, 2011

Hebatnya Wanita Berbanding Lelaki



Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat Al-khawarizmi yang dikasihi..harap-harap sentiasa di bawah keredhoaan Ilahi..amin..

Ada yang bertanya,,kenapa Al khawarizmi tidak kerap menulis blog??
sebenarnya Al khawarizmi akan menulis blog jika mendapat permintaan dari sahabat-sahabat semua supaya dijelaskan di blog..sebelum ini ramai permintaan rakan-rakan yang meminta Al khawarizmi supaya membahaskan sesetengah tajuk di blog..Cuma Al khawarizmi agak sibuk dengan masa study dan juga jadual Al khawarizmi yang cukup padat dan tidak mempunyai peluang untuk menulis blog..Alhamdulillah,,Al khawarizmi diberi kesempatan kali ini untuk menulis blog..oleh itu,,sekali lagi Al khawarizmi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Nur Alista Salim@Elissa Salim atas cadangan tajuk yang diberikan iaitu “Hebatnya Wanita Berbanding Lelaki”..

Bila kita sebut WANITA..Apa yang dapat digambarkan dalam benak pikiran kita adalah sesuatu yang abstrak yang ingin dimiliki..jika dia seorang ayah,,ingin anak perempuanya dimiliki oleh seorang lelaki soleh..jika dia seorang adik,,ingin kakaknya dimiliki oleh seorang abang yang soleh..jika dia seorang remaja,,ingin hatinya dimiliki oleh seoarang wanita..ini boleh dikatakan bahawa wanita itu adalah perhiasan dunia..

Di dalam surah Ali Imran ayat 14,,Allah S.W.T menjelaskan

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan dari segi perempuan-perempuan,,anak-anak,,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,,kuda pilihan,,haiwan ternakan dan ladang sawah..itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah adalah tempat kembali yang baik”

Walaupun sedemikian,,Di zaman Jahiliyyah,,wanita bukanlah perhiasan tetapi sebagai boneka yang hanya menjadi mainan kehidupan..Mengimbas kembali nasib wanita dalam masyarakat arab jahiliyyah..wanita sangat ditindas,,buktinya apabila seorang ibu melahirkan anak perempuan,,maka anak yang dilahirkan akan dibunuh kerana menganggap anak perempuan membawa sial..wanita hanya dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu..sehingga wanita boleh dikahwini tanpa had..pekerjaan wanita hanyalah di dapur,,menjadi teman di tempat tidur,,menjadi hamba yang akur,,

Tetapi islam tidak menindas wanita bahkan mengagung-agungkan wanita..sehingga wanita ini terkenal dengan kehebatannya..maka peranan wanita dalam melengkapi kehidupan seorang lelaki amatlah penting kerana lelaki tidak akan berjaya dengan sukses tanpa ditunjangi seorang wanita..

Persoalannya,,
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita secantik Balqis??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita setulus Zulaikha??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita sekuat Sarah??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita yang didambakan seperti Khadijah??

Jawapannya,,semua insan bernama Adam pasti menginginkannya hatta dia bergelar seorang penjahat,,bergelar seorang pencuri,,bergelar seorang penyamun..semuanya mendambakan wanita seperti ini..kenapa??kerana fitrah seorang insan menginginkan wanita yang terbaik untuk dijadikan bidadari dalam kehidupan


SUBHANALLAH!!HEBATNYA WANITA

Oleh yang sedemikian,,Tidak sedikit lelaki yang rebah di buaian wanita..Al khawarizmi ingin mengajak semua mengingati kisah Julius Caesar..sekuat-kuat Julius Caesar akhirnya jatuh tatkala berdepan dengan Cleopatra..Mark Anthony ketua tentera yang menggantikan Julius Caesar juga jatuh ke tangan Cleoparta..Ramai sungguh pemimpin hebat dunia kalah dengan pujuk rayu seorang yang bergelar wanita..sehebat-hebat lelaki boleh ditipu oleh selemah-lemah wanita..

Gara-gara wanita,,lelaki perkasa menitiskan air mata,,gara-gara wanita lelaki hebat kecundang kerananya..Oleh kerana itu,,gunakanlah kehebatan dan kekuasaan wanita untuk membangunkan lelaki bukan untuk menjatuhkan lelaki..lelaki pasti kalah dengan pujuk rayu wanita apatah lagi tatkala nafsunya bergelojak,,atau rasa kecintaanya sedang memuncak..

Ketika mana Al khawarizmi menuntut ilmu di Pondok Pesantren Tamhidy Ilmu Qiraat Al Furqan,,kecamatan Kedung Kandang,,Buring,,Malang,,Jawa Timur,,Indonesia  suatu ketika dahulu,,Al khawarizmi tertarik dengan kisah yang diberitakan oleh Kiyai Al Khawarizmi bernama Kiyai Abul A’liyah Silahul Hawa..

Dikisahkan seorang lelaki bergelar ustaz yang dikenali ramai..ketika mana beliau berceramah,,dapat menyentuh hati para pendengar..ketika beliau bernada sedih,,dapat memberikan satu tarikan dahsyat sehingga mengalirkan air mata pendengar..ketika beliau bernada lucu dapat mentertawakan pendengar..ketika beliau bernada gembira dapat mengembirakan pendengar..Lalu seseorang tertarik dan tertanya-tanya rahsia kehebatan ceramah beliau..dan antara dialog beliau

jamaah : Bagaima ustaz hebat berceramah??
Ustaz : Ini kerana hasil saya sendiri
Isteri Ustaz : Tidak!Ini kerana saya yang membantu dan tunjang beliau berjaya
Ustaz : Tidak mungkin kamu membantu saya kerana ini hasil nukilan saya..kamu tidak memberikan idea tentang penulisan saya
Isteri Ustaz : OK..Lihat minggu hadapan ketika kamu berceramah..adakah kamu hebat seperti sekarang

Maka hari silih berganti,,ketikamana Ustaz tadi ingin menulis satu artikel untuk dibawa berceramah,,datang si isteri menyuruh menggendong anaknya kerana si isteri ingin membeli barangan keperluan dapur..seterusnya ketikamana si Ustaz ingin menulis artikelnya,,datang lagi si isteri menyuruh ini dan itu..sehingga sampai waktu untuk Ustaz ini berceramah..Akhirnya,,para pendengar sangat khairan dengan Si Ustaz yang dikenali ramai..dahulu kaya dengan idea..sekarang kosong dengan idea..ibarat tin kosong yang hanya dibuka dan tidak mempunyai apa-apa..

Ini membuktikan bahawa kehebatan wanita terhadap lelaki bagi menyokong dakwah seorang lelaki..maka,,gunakanlah kehebatan kamu wahai wanita sebagai penunjang kehebatan lelaki bergelar suami..

Banyak lagi kisah-kisah Ulama’ yang jatuh kerana Wanita..Cuma harapan Al Khawarizmi kepada wanita adalah jadilah kerang yang didalamnya mempunyai mutiara..jangan jadi seperti drum yang hanya bunyi ketika kosong dan diam apabila di iisi..kerana Al Khawarizmi sebagai seorang lelaki inginkan bidadari sebagai tunjang kejayaan Al khawarizmi dan sebagai pendidik untuk zuriat-zuriat nanti..semoga memberi manfaat

DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,,ARAB SAUDI






0 comments: