BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 24, 2011

Hebatnya Wanita Berbanding Lelaki



Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat Al-khawarizmi yang dikasihi..harap-harap sentiasa di bawah keredhoaan Ilahi..amin..

Ada yang bertanya,,kenapa Al khawarizmi tidak kerap menulis blog??
sebenarnya Al khawarizmi akan menulis blog jika mendapat permintaan dari sahabat-sahabat semua supaya dijelaskan di blog..sebelum ini ramai permintaan rakan-rakan yang meminta Al khawarizmi supaya membahaskan sesetengah tajuk di blog..Cuma Al khawarizmi agak sibuk dengan masa study dan juga jadual Al khawarizmi yang cukup padat dan tidak mempunyai peluang untuk menulis blog..Alhamdulillah,,Al khawarizmi diberi kesempatan kali ini untuk menulis blog..oleh itu,,sekali lagi Al khawarizmi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Nur Alista Salim@Elissa Salim atas cadangan tajuk yang diberikan iaitu “Hebatnya Wanita Berbanding Lelaki”..

Bila kita sebut WANITA..Apa yang dapat digambarkan dalam benak pikiran kita adalah sesuatu yang abstrak yang ingin dimiliki..jika dia seorang ayah,,ingin anak perempuanya dimiliki oleh seorang lelaki soleh..jika dia seorang adik,,ingin kakaknya dimiliki oleh seorang abang yang soleh..jika dia seorang remaja,,ingin hatinya dimiliki oleh seoarang wanita..ini boleh dikatakan bahawa wanita itu adalah perhiasan dunia..

Di dalam surah Ali Imran ayat 14,,Allah S.W.T menjelaskan

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan dari segi perempuan-perempuan,,anak-anak,,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,,kuda pilihan,,haiwan ternakan dan ladang sawah..itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah adalah tempat kembali yang baik”

Walaupun sedemikian,,Di zaman Jahiliyyah,,wanita bukanlah perhiasan tetapi sebagai boneka yang hanya menjadi mainan kehidupan..Mengimbas kembali nasib wanita dalam masyarakat arab jahiliyyah..wanita sangat ditindas,,buktinya apabila seorang ibu melahirkan anak perempuan,,maka anak yang dilahirkan akan dibunuh kerana menganggap anak perempuan membawa sial..wanita hanya dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu..sehingga wanita boleh dikahwini tanpa had..pekerjaan wanita hanyalah di dapur,,menjadi teman di tempat tidur,,menjadi hamba yang akur,,

Tetapi islam tidak menindas wanita bahkan mengagung-agungkan wanita..sehingga wanita ini terkenal dengan kehebatannya..maka peranan wanita dalam melengkapi kehidupan seorang lelaki amatlah penting kerana lelaki tidak akan berjaya dengan sukses tanpa ditunjangi seorang wanita..

Persoalannya,,
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita secantik Balqis??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita setulus Zulaikha??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita sekuat Sarah??
Lelaki mana yang tidak menginginkan wanita yang didambakan seperti Khadijah??

Jawapannya,,semua insan bernama Adam pasti menginginkannya hatta dia bergelar seorang penjahat,,bergelar seorang pencuri,,bergelar seorang penyamun..semuanya mendambakan wanita seperti ini..kenapa??kerana fitrah seorang insan menginginkan wanita yang terbaik untuk dijadikan bidadari dalam kehidupan


SUBHANALLAH!!HEBATNYA WANITA

Oleh yang sedemikian,,Tidak sedikit lelaki yang rebah di buaian wanita..Al khawarizmi ingin mengajak semua mengingati kisah Julius Caesar..sekuat-kuat Julius Caesar akhirnya jatuh tatkala berdepan dengan Cleopatra..Mark Anthony ketua tentera yang menggantikan Julius Caesar juga jatuh ke tangan Cleoparta..Ramai sungguh pemimpin hebat dunia kalah dengan pujuk rayu seorang yang bergelar wanita..sehebat-hebat lelaki boleh ditipu oleh selemah-lemah wanita..

Gara-gara wanita,,lelaki perkasa menitiskan air mata,,gara-gara wanita lelaki hebat kecundang kerananya..Oleh kerana itu,,gunakanlah kehebatan dan kekuasaan wanita untuk membangunkan lelaki bukan untuk menjatuhkan lelaki..lelaki pasti kalah dengan pujuk rayu wanita apatah lagi tatkala nafsunya bergelojak,,atau rasa kecintaanya sedang memuncak..

Ketika mana Al khawarizmi menuntut ilmu di Pondok Pesantren Tamhidy Ilmu Qiraat Al Furqan,,kecamatan Kedung Kandang,,Buring,,Malang,,Jawa Timur,,Indonesia  suatu ketika dahulu,,Al khawarizmi tertarik dengan kisah yang diberitakan oleh Kiyai Al Khawarizmi bernama Kiyai Abul A’liyah Silahul Hawa..

Dikisahkan seorang lelaki bergelar ustaz yang dikenali ramai..ketika mana beliau berceramah,,dapat menyentuh hati para pendengar..ketika beliau bernada sedih,,dapat memberikan satu tarikan dahsyat sehingga mengalirkan air mata pendengar..ketika beliau bernada lucu dapat mentertawakan pendengar..ketika beliau bernada gembira dapat mengembirakan pendengar..Lalu seseorang tertarik dan tertanya-tanya rahsia kehebatan ceramah beliau..dan antara dialog beliau

jamaah : Bagaima ustaz hebat berceramah??
Ustaz : Ini kerana hasil saya sendiri
Isteri Ustaz : Tidak!Ini kerana saya yang membantu dan tunjang beliau berjaya
Ustaz : Tidak mungkin kamu membantu saya kerana ini hasil nukilan saya..kamu tidak memberikan idea tentang penulisan saya
Isteri Ustaz : OK..Lihat minggu hadapan ketika kamu berceramah..adakah kamu hebat seperti sekarang

Maka hari silih berganti,,ketikamana Ustaz tadi ingin menulis satu artikel untuk dibawa berceramah,,datang si isteri menyuruh menggendong anaknya kerana si isteri ingin membeli barangan keperluan dapur..seterusnya ketikamana si Ustaz ingin menulis artikelnya,,datang lagi si isteri menyuruh ini dan itu..sehingga sampai waktu untuk Ustaz ini berceramah..Akhirnya,,para pendengar sangat khairan dengan Si Ustaz yang dikenali ramai..dahulu kaya dengan idea..sekarang kosong dengan idea..ibarat tin kosong yang hanya dibuka dan tidak mempunyai apa-apa..

Ini membuktikan bahawa kehebatan wanita terhadap lelaki bagi menyokong dakwah seorang lelaki..maka,,gunakanlah kehebatan kamu wahai wanita sebagai penunjang kehebatan lelaki bergelar suami..

Banyak lagi kisah-kisah Ulama’ yang jatuh kerana Wanita..Cuma harapan Al Khawarizmi kepada wanita adalah jadilah kerang yang didalamnya mempunyai mutiara..jangan jadi seperti drum yang hanya bunyi ketika kosong dan diam apabila di iisi..kerana Al Khawarizmi sebagai seorang lelaki inginkan bidadari sebagai tunjang kejayaan Al khawarizmi dan sebagai pendidik untuk zuriat-zuriat nanti..semoga memberi manfaat

DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,,ARAB SAUDI






Tuesday, November 15, 2011

Namamu Kella Celok??


Assalamualaikum
Apa khabar semua sahabat-sahabat Al Khawarizmi..Harap-harap antum semua berada dalam keadaan sihat wal afiat..Al Khawarizmi ingin berkongsi sedikit tentang nama-nama yang baik memandangkan ramai di kalangan kita yang menganggap panggilan nama yang mempunyai maksud tidak baik sebagai gurauan..ada dikalangan ibu bapa yang memberikan nama anak yang tidak bagus kepada anak-anak seperti “Nur Zaniyah”(Cahaya penzina)..nauzubillah..nama yang baik amatlah perlu supaya penama akan selesa dan setiap panggilan nama mempunyai doa..agak lucu bila teringat panggilan nama sahabat yang di panggil dalam bahasa bawean “kokobung”,,”kella celok”,,”apacakna” dan sebagainya

Bukankah nama-nama ini dianggap trend dan terkenal??

Jawapannya tidak..
Kerana apa??manusia memerlukan nama-nama yang baik supaya dapat menubuhkan harga diri dan kepercayaan dalam berinteraksi dengan teman sebayanya seumpamanya..Banyak Hadis yang memberikan pengarahan kepada ibu bapa supaya memberikan nama-nama kepada anak mereka dengan nama yang baik..

Ada seorang menemui Rasulullah S.A.W..Ia bernama “Shah”(sulit),,lalu Baginda memberi nasihat agar mengubah namanya menjadi “Sahl”(senang),,kerana nama ini memberi kesan positif dan menggembirakan..tidak membuat orang lain menjauh..

Ada sebahagian masyarakat yang telah memahami persoalan ini dengan baik..mereka memahami hakikat di balik nama itu dan bagaimana pengaruhnya terhadap pemilik nama,,masyarakat di mana ia tinggal,,dan citra keluarga..nama sering mengisyaratkan kewarganegaraan..setiap warganegara tertentu memiliki nama khas dan masyhur..melihat kepada peristiwa bersejarah..Di masa pemerintahan Raja Fuad banyak nama “Fuad”..masa pemerintahan Raja Faruq banyak nama “Faruq” dan begitu seterusnya..mungkin akan datang di zaman pemerintahan BAWEAN banyak nama “Rattin”,,”Lebur”,,”Gege” dan sebagainya..

Di zaman kemunculan dan kemajuan islam,,banyak kemunculan nama-nama islam..seperti nama-nama para Nabi,,Para Sahabat,,Para Tabiin,,Tokoh-tokoh islam dan seumpamanya..Sebaliknya di masa merebaknya iklim fanatisme jahili,,ada yang memberi nama anaknya “Hitler”..sampai-sampai ada yang memberikan nama anak “Facebook” yang pernah menghebohkan dunia suatu ketika dahulu..Al Khawarizmi juga risau tatkala ada yang suka membaca blog sehingga akan memberi nama anak “Blog”..

Di antara mereka juga,, ada yang menggunakan nama-nama tumbuhan seperti keluarga “Kasbir”(ketumbar),,keluarga “Laimunah”(limau),,keluarga “Bashal”(bawang merah) dan sebagainya..dalam hal ini islam mempunyai pendapat yang jelas..kita harus komitmen padanya..islam menganjurkan kepada kita untuk memilih nama-nama yang baik..

Ibnul Qayyim telah menjelaskan dalam kitab Zadul Maa’d tentang hikmah dari memilih nama yang baik..Ia mengatakan bahawa nama adalah “wadah makna” dan petunjuknya..mestilah antara nama dan erti mempunyai kesesuaian..seorang ayah memilih nama untuk anak-anak lelaki mereka yang menggambarkan kelelakian,,kesungguhan,,keberanian,,dan kemuliaan..dan untuk anak perempuan mereka,,pilihlah nama-nama yang mengandung makna iffah(sikap menjaga diri),,kesetiaan,,keikhlasan,,dan kesabaran”

Janganlah pula anak lelaki diberi nama “Isnawiyah”..Al Khawarizmi takut,,anak itu akan menjadi lembut..tetapi kalau hendak mencari isteri bernama “Isnawiyah”,,tidak menjadi masalah..sudahlah lembut sebutannya..insya Allah lembut,,setia,,sabar dan menepati ciri-ciri wanita..

Kenapa dengan nama-nama ini??adakah ianya penting??

jawapannya penting..
kerana Rasulullah S.A.W mengubah nama seseorang yang telah masuk islam dengan nama-nama islami,,yang menyenangkan dan menggambarkan makna positif..Baginda pernah mengubah nama “Al-Ashi”(pembangkang) dengan “Abdullah”(hamba Allah),,nama “Barah” diganti dengan “Zainab”..Rasulullah menganjurkan umatnya memilih nama-nama yang indah untuk putra putri mereka..Baginda memberitakan bahawa pada hari kiamat nanti setiap orang akan dipanggil sesuai dengan namanya dan nama ayahnya..Baginda mencintai nama-nama yang bagus kerana mempunyai daya tarik dan isyarat yang positif..

Disebutkan dalam satu riwayat bahawa Baginda memerintahkan sekelompok sahabat untuk memerah susu kambing..lalu bangkit seseorang untuk melaksanakannya..Rasul S.A.W bertanya,”Siapa namamu?” maka dia menjawab “Murrah”(pahit)”..”duduklah!”perintah Rasulullah..Lalu yang lain berdiri dan Rasul bertanya,,”Siapa namamu?”..”Harb”(peperangan)”..”Duduklah!” suruh Rasulullah..Lalu yang lain berdiri dan Rasulullah S.A.W bertanya..”Siapa namamu?”..Ia menjawab “Ya’sy”(Hidup).”Untuk kali ini Rasul S.A.W berkata,”Perahlah”

(Hadis Riwayat Malik dalam kitab Al Muwatta’ dari Yahya bin Sai’d)

Maka,,Siapakah nama anda??
Nama saya Akil Musyaddad Bin Hilman
(Orang yang mempunyai akal yang kuat,,anak kepada pemurah)

lalu,,siapa nama anda yang membaca??

DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH ARAB SAUDI

Saturday, November 12, 2011

Pakaian Bergambar Dalam Solat?-Versi Bahasa Bawean-


Assalamualaikum

Al Khawarizmi terpanggil sekali lagi apabila ada seorang sahabat bertanya tentang permasalahan dan di minta untuk berkongsi bersama..kawan Al Khawarizmi merupakan anak bawean dan kebetulan Al Khawarizmi juga keturunan Bawean..maka Al Khawarizmi mengambil langkah alternatif untuk menulis blog ini dengan bahasa Bawean..walaupun tidaklah semua perkataan Bawean yang Al Khawarizmi tahu,,sekurang kurangnya Al Khawarizmi berusaha untuk menggunakan Bahasa Bawean

Al Khawarizmi diajukan dengan satu soalan berkenaan “hukum memakai pakaian bersalib atau bergambar di dalam solat”

Al Khawarizmi merujuk
kitab Fathul Bari dalam bab

إِنْ صَلَّى فِي ثَوْبٍ مُصَلَّبٍ أَوْ تَصَاوِيرَ هَلْ تَفْسُدُ صَلَاتُهُ وَمَا يُنْهَى عَنْ ذَلِكَ

Al Khawarizmi ingin menterjemahkan buku Bahasa Arab ini kepada Bahasa Bawean supaya mudah di fahami oleh segenap masyarakat terutamanya anak Bawean kerana Al Khawarizmi sangat cinta kepada anak Bawean walaupun agak janggal untuk Al Khawarizmi menterjemahkan kepada bahasa Bawean kerana Al Khawarizmi bukanlah ahli bahasa Bawean..

E delem Kitab Fathul Bari delem bab “olle atau endek mon bede oreng sempejeng pake kolampi se andik gamber salib atau bede gamber-gamber??sempejengnga rosak atau endek??dan apa se elereng delem keadaanna teyak”

Hadis Rasulullah S.A.W dare imam Malik bin Anas

عن انس بن مالك : كان قرام لعائشة سترت به جانب بيتها فقال النبي صلي الله عليه وسلم : اميطي عنا قرامك هذا , فانه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي

Artena,,Dare Anas Bin Malik : Aisyah bede terai (tepes,,bede warna,,kalaben bede gamberna) senape  epake tok notopi e sampeng bengkona..Maka Nabi Muhammad S.A.W bersabda , palepas teraina teyak karna gember-gemberna ekadepak(terbayang)  e delem sempejeng..

KATERANGANNA HADIS

mon bede oreng sempejeng pake kolampi gamber salib aropa tolesan,,lokesan atau ukiran..beremma sempejengnga??rosak apa endek??

Imam Bukhari bede pendirian pakkun ka kaedahna dek terro ma masteaken masalah se pakkun delem perselisihan..se nape masalah teyak masok ka masalah se eperselisihkan ulama’..

Perselisihanna,,apakah larangan se emaksod aken rosakna atau apa se elarang atau tidak??
maka jumhur ulama’ sapakat mon larangan teyak bede kaetanna ka makna kalakoanna se delem sempejeng,,maka konsekuensina akan rosak kalakoanna se delem sempejeng..

secara lahiriyah,,maksod hadis teyak dek mencakop arte sakappina bab edelem judul teyak kacoale perenungan kalaben pamekeran se delem..se nape meske teraina bede gamberna,,Nabi Muhammad dek pake,,tadek salebna,,serta tadek larangan se teges delem sempejeng..masalah teyak olle ejeweb dengan

1. Mon tirai peyi dek olle,,paste pakaina keyan dek olle

2. Hokom pakaian saleb sama artina hokom pakain se bede gamber..karena terkadang kadue-duena e sembah sebagai tandinganna Pangeran(Allah)

3. Parentah tok menghilangkanna mencakup larangan dek olle memakaina


Bule(ngocakna Ibnu Hajar) melihat maksod ocapanna Imam Bukhari,,”Bersaleb” adalah isyarat bagi lafazna se esebbut sa bahagianna jalur periwayatan hadis teyak se nape kebiasaanna se elakone..Riwayat se epamaksod aken telah esebbut  delem kitab (Al Libas)pakaian,,melaui jalur Imran dare Aisyah..sebagaimana ocapanna,,


لم يكن رسول الله (ص) يترك في بيته شيئا في تصليب الا نقضه


Rasulullah dek pernah membiarkan saleb e bengkona kacoale e pahancor

Delem Riwayat Al Ismaili
سترا او ثوبا
terai atau kaen


تعرض
(depak) maksodna terbayang-bayang..Hadis teyak mengarte aken sempejeng dek rosak karena hal demikian..karena kanjeng Nabi dek pa ambu sempejengnga dan dek ma olang sempejengnga..

akhir kata,,semoga perik manfaat ka anak pebiyen khososna..bule nyo ona pangaporana mon dek pender ngocak pebiyen..

p/s : ketab aslena olle erujuk ka ketab bahasa Arab namana Fathul Bari seekarang Imam Ibnu Hajar As qolani delem bab sempejeng


DISEDIAKN DAN DITERJEMAHKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,,ARAB SAUDI