BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 18, 2011

HINA NABI DAN PERANAN SEORANG MUSLIM


Al khawarizmi terpanggil sekali lagi untuk membuat artikel berkenaan masalah yang bersangkutan dengan sensiviti ummat islam..ketika al khawarizmi sedang asyik berbincang dengan seorang kenalan di facebook..alkhawarizmi terbaca satu “post” di FB(facebook) jia najihah al hafizah..seorang mahasiswi MARSAH berkenaan FB yang menghina nabi dan agama islam itu sendiri..terima kasih kepada jia atas kekhawatiran terhadap ummat islam..

Dewasa ini,kita sering digemparkan dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemarahan ummat islam diseluruh dunia..salah satu diantaranya berkenaan kartun-kartun yang dilukis bagi tujuan menghina nabi Muhammad SAW..dunia yang semakin pesat dengan kemodenan teknologi membantu golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini lebih mudah untuk menghina islam..baik berupa Blog,facebook,twitter,myspace,youtube dan lain-lain..baru-baru ini alkhawarizmi dapat mengecam beberapa FB yang sesat lagi menyesatkan..sudahlah sesat nak ditambah menyesatkan orang lain..maka sepantasnya laknatullah alaihim keatas mereka..

Nabi Muhammad adalah kekasih Allah..barangsiapa yang menyakiti nabi sama sahaja menyakiti Allah..apa lagi menghina nabi..nauzubillah thumma nauzubillah.. perlu diketahui bahawa orang-orang ya**di tidak akan pernah redha dengan islam sebagaimana yang telah dikhabarkan didalam al Qur’an..begitu juga kita boleh merujuk pada firman Allah dalam surah Al-Kafirun..sebagai seorang muslim,,alkhawarizmi sangat-sangat perihatin kepada ummat islam kerana secara tidak langsung,,racun-racun yang dibawa oleh zionis kafir laknatullah disebarkan kepada PEMIKIRAN-PEMIKIRAN ummat islam..

Sebelum al-khawarizmi mengulas lebih lanjut,,sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang kafir tidak akan pernah lelah dan putus asa untuk menjatuhkan ummat islam..jadi yang perlu dilakukan adalah kita hendaklah memastikan racun-racun yang dibawa tidak dapat masuk ke pemikiran kita..apa yang alkhawarizmi perhatikan,,individu-individu yang menghina islam adalah dari kalangan ya**di dan kristian..Cuma segelintir ummat islam yang dipengaruhi dengan kata-kata mereka..sehingga akhirnya banyak yang mendaftar untuk keluar dari islam(murtad) dan mereka lancang menghina nabi mereka..nauzubillah thumma nauzubillah..

Banyak cara dakwah yang kita boleh gunakan sesuai kepada orang yang kita dakwah..yang perlu kita garis bawahi terlebih dahulu,,individu-individu yang termakan dengan kata-kata kafir sehingga sanggup menghina islam terdapat dua golongan..
1)      Mereka menjatuhkan islam dengan ilmu mereka sendiri
2)      Mereka menjatuhkan islam dengan kebodohan mereka..dengan kata lain dengan kejahilan mereka

Maka al-khawarizmi berpendapat,,bagi mereka yang jahil tentang ilmu agama,,seharusnya sebagai seorang muslim yang baik,,cara pendekatan yang harus digunakan adalah dengan membimbing mereka..
Alkhawarizmi mengagumi keperihatinan individu-individu yang sangat marah kepada mereka yang menghina islam..Cuma alkhawarizmi kurang setuju dengan kata-kata celaan yang dikeluarkan dari mulut-mulut mereka..apa hasil yang boleh diperolehi??adakah dengan cara hinaan dan ejekan akan menjernihkan keadaan??
alkhawarizmi pernah mengkaji satu buku yang bertajuk “nahnu dua’tun la qudatun”..kita adalah para dai’,,bukan tukang vonis(hakim)..buku ini sangat menarik jika dikaitkan dengan bagaimana menyampaikan dakwah kepada masyarakat..dakwah memiliki sifat menyeru,,mengajak,,dan adanya proses tawar menawar ( selama tidak bertentangan dengan syariat ).
dalam dakwah ada beberapa kaedah yang sering dipakai yaitu:”memberi berita gembira, bukan menakut-nakuti”.
Dan yang menetapkan kaedah tersebut adalah baginda Rasulullah SAW,,sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Dari Abu Musa r.a. ia berkata :”Rasulullah saw, setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “ berilah kabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”.
Oleh Karena itu,,jika di dalam buku tersebut diceritakan bahwa ada sekelompok dai’ yang senang memvonis,,jelas hal tersebut tidak sejalan dengan kaedah dakwah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw..bahkan di dalam Al-Qur’an dengan terang benderang telah dijelaskan kepada kita bahwa dengan pendekatan dakwah yang baik ( billati hiya ahsan )

Walaupun kita dihina,,dipukul dan sebagainya..janganlah merasa putus asa dan akhirnya mengutuk mereka semula..cube lihat perjuangan dakwah nabi..hatta dibaling najis,,nabi tetap menziarahi orang yang membaling najis tadi apabila ditimpa penyakit sehingga akhirnya orang tersebut masuk islam kerana kagum dengan islam..Masya Allah tabarakallah..akhirnya seorang yang tadinya sangat memusuhi dakwah boleh berubah menjadi seakan-akan teman yang sangat dekat..

Adapun mereka yang menjatuhkan islam dengan ilmu mereka sendiri,,termasuklah salah satu dari 6 golongan yang sukar menerima dakwah..ini berdasarkan sedikit kajian,, pemerhatian dan penelitian dalam al-Quran,,hadis dan sirah Nabi Muhammad SAW


6 golongan yang sukar menerima dakwah

1)mereka yang menolak kebenaran 

"Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun."

Surah Al-Anfaal: Ayat 22


Maksudnya, manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran.
(Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini,,setelah mendengar seruan Nabi Muhammad SAW,,mereka mengingkarinya dan mengatakan itu adalah amalan orang-orang lama (konservatif) dan pemikiran yang beku (jumud).. Mereka menolak hadis-hadis daripada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan,,malah mengatakan hadis-hadis inilah punca perselisihan dan perpecahan umat Islam sekarang..
Orang-orang seperti ini sangat sukar menerima dakwah kerana mereka sendiri enggan mengakui akan kebenaran Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW..

2)Mereka yang taasub mengikuti tradisi 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak),tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga),,walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

 Surah Al-Baqarah: Ayat 170

Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung,,tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan,,iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung.
(Rujukan: Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini,,manusia tidak terlepas daripada mengikut tradisi nenek moyang mereka walaupun hal itu bertentangan dengan syariat..amalan-amalan khurafat zaman dahulu seperti keris sakti pusaka,,cincin geliga yang mampu menyembuhkan penyakit,,gelang dan rantai yang dapat memberi kesihatan dan pelbagai lagi sekutu-sekutu yang diciptakan bagi menidakkan kekuasaan Allah yang Maha Agung..

3)menyangka majoriti adalah kebenaran

 Apa yang dimaksudkan adalah melihat ramai orang yang melakukan sesuatu kemungkaran dan kita menyangka bahawa perkara itu dibolehkan dalam syariat..contohnya wanita yang memakai tudung yang jarang,,wanita yang berbaju lengan pendek dan mempamerkan bentuk badan,.dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan syariat.
Walaupun contoh diatas pelakunya adalah wanita,,tetapi di belakangnya terdapat kaum lelaki yang membiarkan malah menganjurkannya pula kerana mereka (lelaki) juga menyangka perkara itu dibolehkan..Ini termasuk para suami dan para bapa,.sedangkan lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita dan mereka akan ditanya tentang kepimpinan mereka..
Apa yang penting adalah,.kebenaran itu didasari dengan ilmu..di manakah pula cara,.atau sumber kepada ilmu bagi mendapatkan kebenaran?
Jawapannya adalah al-Quran dan hadis termasuk juga ijtihad dan kesepakatan seluruh ulama..Selain itu,,terdapat juga ijtihad perseorangan ulama yang muktabar (kepelbagaian pendapat).,Kebenaran itu tidak semestinya mengikut majoriti,mjika terdapat kesalahan dan kesilapan orang terdahulu kemudian setelah diketahui kebenarannya,,hendaklah kita menerima dengan hati yang terbuka dan perbetuli kembali kesalahan dan kesilapan itu agar tidak membiarkan generasi akan datang terus menerus dalam kesilapan..
Daripada Abu Hurairah r.a.,,Rasulullah SAW bersabda, "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Ia (Abu Hurairah) bertanya, Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?" Beliau (Nabi SAW) menjawab, "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya,,maka tunggulah saat kehancuran."

 Sahih Bukhari: 1746

4)mereka yang berilmu pengetahuan

"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu."

Surah Al-Mukmin: Ayat 83

Di antara orang yang paling sukar didakwahkan juga adalah orang yang menyangka dia sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup..Sebarang pendapat yang berlainan dengannya akan ditentang habis-habisan walaupun bertentangan dengan hadis Nabi SAW..Mereka akan berhujah dengan kitab itu dan ini,,kata-kata guru itu dan guru ini malah mereka lebih mengikut pendapat guru dan kitab mereka melebihi perkataan Rasulullah SAW sendiri..

5)orang yang mempunyai pangkat,,harta dan kuasa

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat daripada Kami, ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui."

 Surah Az-Zumar: Ayat 49

Umum kita mengetahui sepanjang sejarah dakwah para Rasul dan Nabi mempunyai banyak tentangan daripada orang yang mempunyai pangkat,,harta dan kuasa (sila rujuk sirah para Nabi dan Rasul)..Keadaan ini berterusan pula sehingga ke hari ini,,tetapi perlu diingat bahawa pengulangan sejarah ini adalah sebagai satu pengajaran buat umat zaman akhir ini. Apakah yang telah terjadi kepada orang-orang yang menentang risalah Rasul mereka?mereka menerima kebinasaan di dunia dan di akhirat..
Mereka menganggap segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Agung adalah kerana hasil usaha mereka sendiri. Mereka lupa bahawa nikmat itu pasti akan ditanya kembali pada hari pembalasan mengenai apakah yang telah mereka perbuat terhadap nikmat itu..maka alkhawarizmi mengajak kita perhatikan kata-kata Qarun:
Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka

Surah Al-Qashash: Ayat 78

Kedua-dua ayat diatas menyatakan akan kesombongan golongan yang kelima ini..apabila didakwahkan kepada mereka agar mentaati perintah Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya, mereka sangat sombong..mereka berkata ada perkataan yang lebih baik dari itu pada zaman moden ini..Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menambah kekayaan mereka sahaja dan takut rugi dari segi kehilangan pengaruh dan kuasa.

6)sangka buruk

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjing (memfitnah, mengumpat atau mengata) satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

 Surah Al-Hujuraat: Ayat 12

Mereka ini sentiasa bersangka buruk pada orang lain,,terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan daripada mereka./Mereka mencari-cari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri..Mereka juga menganggap mudah mengenai hal-hal ilmu agama dan melihat orang lain lebih rendah dari mereka..
Kesimpulannya..walaupun kita terpaksa hadapi orang-orang yang sedemikian,,janganlah pernah kita putus asa..mereka sukar didakwah tetapi yakinlah setiap amalan ikhlas yang kita lakukan pasti akan dibalas oleh Allah dengan kebaikan..alkhawarizmi suka membuat perumpamaan seperti kita sayang pada seseorang..pasti kita akan terus menerus untuk memilikinya walaupun orang yang kita sayang “jual mahal”..
Kesabaran dalam berdakwah amat diperlukan,,janganlah sesekali berputus asa kerana putus asa hanyalah sikap orang kafir..
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.."

Surah Al-Baqarah: Ayat 153

Daripada Mu'awiyah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia."

Sahih Muslim: 1873

akhir kalam,,alkhawarizmi mendoakan supaya kita semua sentiasa dibawah lindungan ilahi..dapat memelihara nikmat islam,,iman,,dan juga ihsan..mudah-mudahan saudara kita terbuka mata hati untuk merasai nikmat islam..kerana sudah pasti hanya islam lah satu-satunya agama yang diREDHAI Allah..
p/s : tanda “ya**di” memang sengaja alkhawarizmi tulis sedemikian..kerana alkhawarizmi mendapat khabar,,sekiranya kita menulis perkataan ya**di dengan lengkap,,maka otomatik segala penulisan kita yang dipamerkan diinternet akan masuk ke jaringan ya**di..dan mereka akan memerhatikan segala penulisan kita..dan mereka boleh membuat apa sahaja dengan segala penulisan kita..maka berhati-hatilah..

DISEDIAKAN OLEH,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI