BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 15, 2011

Ingat tak??Untukmu Teman

Muhammad Noraizuddin bin Nordin..salah satu nama dari nama-nama ulama’..

Teman,,
ingat tak dikau pernah kata kita mesti bersatu untuk berdakwah di Johor??
Ingat tak dikau yang membuatkan email google alkhawarizmi??
Ingat tak dikau yang mencadangkan al khawarizmi untuk membuat blog??
Ingat tak kita sama-sama berpakat untuk menegakkan akidah yang benar??
Ingat tak dirimu tidak mengenal erti lelah untuk sentiasa memberi nasihat kepada al khawarizmi??
Ingat tak kita bersembang sehingga menjelang subuh di malam terakhir bersamamu??
Ingat tak kata-katamu yang nak menjadi salah seorang penghuni kubur Baqi’ madinah??
Ingat tak????

Walaupun semuanya itu mustahil untuk dikau ingat kerana dikau telah di ambil oleh Allah..tetapi al khawarizmi tetap akan ingat semua itu..terima kasih teman..walaupun dirimu sudah tiada lagi,,tapi jasamu akan tetap dikenang..al khawarizmi masih ingat gelak ketawa kita..al khawarizmi masih ingat nasihat kita..al khawarizmi masih ingat tawa canda kita..al khawarizmi selalu berbincang-bincang masalah agama dengan dirimu..al khawarizmi selalu tidur di bilikmu..al khawarizmi tahu walaupun suasana ini tidak akan wujud seperti dulu lagi..tapi al khawarizmi harus meneruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu di madinah munawwarah ini..walaupun agak berat rasanya al khawarizmi menerima kenyataan ini..tetapi al khawarizmi akur dengan ketentuan ilahi..kerana ilahi lebih menyayangi dirimu dan kerana ilahi lebih mengetahui di atas segala-galanya..

Teman,,
Berbahagialah kerana dirimu wafat di madinah..dikau dipilih Allah..

Ingat tak??

Rasulullah SAW bersabda

من استطاع منكم ان يموت بالمدينة فليفعل فاني اشهد لمن مات فيها

Barangsiapa dikalangan kamu mampu untuk mati di madinah maka lakukanlah kerana sesungguhnya aku menjadi saksi kepada siapa yang mati padanya
Diriwayatkan At turmizi,Ibnu majah dan lain-lain

Teman,,hadis ini menunjukkan kelebihan wafat di madinah..seolah-olah nabi menyuruh kita mati di madinah kalau ada kemampuan pada diri kita..bukan bermakna bunuh diri atau sebagainya..tapi inilah menunjukkan betapa mulianya orang yang meninggal dunia di madinah..

Teman,,
Air mata ini tidak dapat menahan tatkala mengingati dirimu..terlalu banyak jasa mu pada al khawarizmi..walaupun kita hanya baru kenal 6 bulan..tapi amat bermakna semua itu..
Teman,,
Kepergianmu membuatkan air mata al khawarizmi mengalir..Al khawarizmi nangis bukan meratapi kematianmu..tapi menunjukkan kasih sayang al khawarizmi padamu..Kerana al khawarizmi tahu tentang hukum meratapi kematian..

Ingat tak??

Dikau senantiasa memberi semangat dan dorongan supaya al khawarizmi menjadikan blog sebagai medan dakwah..Dan dikesempatan ini,,al khawarizmi akan berkongsi ilmu sedikit kepada mereka yang nangis kerana sayang padamu dan mereka yang meratap kematianmu..

baiklah memang tidak dinafikan orang yang mengenali dirimu amat sedih apabila ditiggalkan seorang sahabat yang disayangi..tapi dengan kesedihan ini kadang-kadang kita sering lupa perbezaan hukum meratap si mayit dan menangis kerana kasih padanya..

Al khawarizmi mengambil rujukan dalam kitab minhajul muslim,,bab “TIDAK BOLEH MERATAPI SI MAYIT DAN DI BOLEHKAN MENANGIS”
Meratap disisi mayit diharamkan berdasarkan sabda nabi Muhammad SAW

Pertama

ان الميت ليعذب ببكاء الحى

Sesungguhnya mayit diseksa kerana tangisan orang yang masih hidup
Diriwayatkan Al Bukhari

Kedua

من نيح عليه فانه يعذب بما نيح عليه

Barangsiapa diratapi,ia disiksa sesuai kerana diratapi
Diriwayatkan Muslim

ketiga

Rasulullah SAW membaiat para wanita untuk tidak meratap..ini dikatakan Ummu Athiyyah Radiyallahu Anha sepertimana yang disebutkan dalam hadis sohih
Rasulullah SAW bersabda

اني بريء من الصالقة والحالقة والشاقة

Sesungguhnya aku lepas tangan dari wanita yang menjerit-jerit ketika mendapatkan musibah,wanita yang mencukur rambutnya ketika mendapatkan musibah dan wanita yang mengoyak-ngoyakkan kainnya
Diriwayatkan Al Bukhari

Adapun menangis,maka diperbolehkan kerana Rasulullah SAW bersabda ketika anaknya Ibrahim meninggal dunia,,

Pertama
baginda bersabda
“Sesungguhnya mata mengeluarkan air mata,hati sedih,kita tidak berkata kecuali apa yang diredhoi tuhan kita,dan kita semua amat bersedih dengan kematianmu,hai Ibrahim
Diriwayatkan Al Bukhari

kedua
Rasulullah menangis atas kematian Umamah cucunya dari Zainab..Ditanyakan kepada beliau
“Wahai Rasulullah,engkau menangis,bukankah engkau pernah melarang kami menangis??”

Rasulullah SAW bersabda

“Ini kasih sayang yang dimasukkan Allah ke hati hamba-hamba nya dan sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambanya yang penyayang”
Diriwayatkan Al Bukhari..

Ini lah serba sedikit yang dapat alkhawarizmi kongsi bersama..akhir kalam al khawarizmi berdoa semoga arwah aizuddin ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..amin

Teman,,dirimu dalam kenangan
                                                                      

Muhammad Noraizuddin
Meninggal dunia pada 14/4/2011
Ketika mandi manda di laut hasi,arab saudi
Student Universiti Islam Madinah

DISEDIAKAN OLEH,,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI

Tuesday, April 12, 2011

HUKUM HAID

Al khawarizmi terpanggil sekali lagi untuk menulis artikel tentang hukum haid atas permintaan seorang kaum hawa..mustahil bagi al khawarizmi untuk menjelaskannya di facebook..walaupun agak lama ghaib di dunia blog atas kesibukan masa..tetapi menjadi tanggungjawab al khawarizmi bagi menjelaskan hukum-hukum yang berkenaan dengan kaum hawa walaupun al khawarizmi sendiri jenis kaum adam..ini juga hendak menolak sangkaan beberapa individu yang mengatakan tidak perlu tahu tentang hukum-hukum wanita terutamanya haid dan nifas kerana mustahil bagi kaum adam berlaku hal-hal sedemikian..tapi al khawarizmi akan menjawab terlebih dahulu tanggapan orang seperti itu..

Pertama : kaum adam apabila sudah menjejakkan kaki kealam rumah tangga misalnya,menjadi kewajipan untuk memimpin isteri..jika soalan isteri berkenaan haid dan nifas diajukan kepada suami..apa lah agaknya suami akan jawab??adakah jawapan mereka sama seperti jawapan diatas..tidak boleh sama sekali kerana seorang suami adalah pemimpin dalam rumah tangga..

Kedua : sebagai seorang pewaris dakwah nabi,menjadi kewajipan al khawarizmi untuk mengetahui segala permasalahan walaupun ia berkaitan dengan fiqh,akidah,etika,ibadah,akhlak,dan sebagainya..

Banyak lagi sebab musabab kenapa kaum adam mesti tahu tentang hukum-hukum yang berkenaan dengan wanita ini..semoga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua..

DEFINISI HAID

Haid ialah darah yang dikeluarkan rahim tatkala wanita mencapai usia baligh,dan berlaku keatas wanita pada waktu-waktu tertentu pada setiap bulan..jangka waktu haid minimum sehari semalam..dan paling lama lima belas hari,namun umumnya enam hari atau tujuh hari..ketika dalam keadaan suci,paling minimum tiga belas hari atau lima belas hari dan maksimum sucinya tiada batas,namun biasanya dua puluh tiga hari atau dua puluh empat hari..
Berkaitan dengan haid wanita terbahagi kepada tiga jenis

Pertama : MUBTADA’AH : yaitu wanita yang mengalami haid untuk pertama kalinya..jika perkara ini berlaku ia harus meninggalkan solat,puasa,hubungan suami isteri sehingga menunggu waktu suci..jika dia telah suci dari haid,,maka hendaklah wanita itu mandi..dan ketika itu tiada larangan untuk meninggalkan solat bahkan wajib melaksanakannya..dan jika darah haid tadi lebih lima belas hari,,maka wanita itu dianggap sebagai wanita mustahadhah..dan hukum keatas dirinya seperti hukum wanita mustahadhah..

Kedua : MU’TADAH : yaitu wanita yang biasa mengalami haid pada hari-hari tertentu pada setiap bulan..jika ia melihat darah kekuning-kuningan atau kehitam-hitaman setelah hari-hari haidnya,,ia tidak usah mengganggunya..
kerana Ummu Athiyyah Radiyallahu anha berkata:

“kami tidak pernah menggubris warna kuning,atau kehitam-hitaman setelah suci (dari haid)”
Diriwayatkan Al Bukhari

Jika wanita melihat darah kekuning-kuningan atau kehitam-hitaman di waktu haidnya maka itu termasuk darah haidnya..oleh kerana itu,,ia tidak harus mandi hadas besar kerananya,tidak solat,dan tidak puasa..

Ketiga : MUSTAHADHAH : yaitu wanita yang darahnya tidak terhenti-henti..hukum bagi wanita mustahadhah ialah sebelum menjadi wanita mustahadhah,ia wanita mu’tadah dan mengetahui hari-hari haidnya..jika ia tidak mempunyai hari-hari tertentu haid atau memilikinya namun lupa hari-harinya atau lupa jumlah harinya maka jika darah biasa dibezakan misalnya sekali waktu darah yang keluar berwarna hitam dan sekali waktu bewarna merah maka ia tidak solat,tidak berpuasa,dan tidak melakukan hubungan suami isteri ketika darah yang keluar bewarna hitam..jika darah hitamnya telah terhenti,ia mandi dan solat selama darah hitam tersebut tidak keluar lebih dari lima belas hari..

Jika darahnya tidak boleh dibezakan maka ia tidak solat,tidak puasa,tidak melakukan hubungan suami isteri selama hari-hari haidnya pada umumnya iaitu enam hari,atau tujuh hari dalam setiap bulannnya dan setelah enam atau tujuh hari ia mandi dan solat
Wanita mustahadhah pada hari-hari keluar darah istihadhahnya harus berwudu’ untuk setiap solat,,memakai seluar dan tetap solat sehingga darah mengucur dan tidak melakukan hubungan suami isteri kecuali kerana darurat..

Berkenaan dengan pembahagian darah wanita,eloklah al khawarizmi menulis beberapa qaul ulama’ berkenaan dengannya..beberapa ulama’ dari fuqaha’ pengikut imam malik dan fuqaha’ pengikut imam syafi’e menambahkan jenis ke empat yaitu wanita hamil..hukum darah wanita hamil seperti hukum darah wanita tidak hamil..jika kebiasaan(mengeluarkan darah) tidak berubah..jika kebiasaannya berubah maka Ibnu Al Qasim berkata
“tiga bulan setelah kehamilannnya,ia menjalani masa haid selama lima belas hari..enam bulan setelah kehamilannya ia menjalani haid selama dua puluh hari..pada akhir kehamilannya ia menjalani haid selama tiga puluh hari,dengan alasan bahawa darah haid itu semakn bertambah banyak dengan usia kehamilan..adapun fuqaha’ pengikut imam Ahmad dan fuqaha’ pengikut imam Abu Hanifah tidak menganggap darah pada usia kehamilan sebagai darah haid dan darah yang dilihat wanita hamil semasa kehamilannnya adalah darah penyakit yang tidak mempunyai hukum kecuali darah yang keluar sehari atau dua hari atau tiga hari sebelum persalinannya maka itu adalah darah nifas dan hukumnya sebagaimana darah nifas..

Harapan alkhawarizmi kepada semua..Semoga memberi manfaat kepada semua..kitab rujukan Minhajul Muslim..penulis Abu Bakr Jabir Al Jazairi..kitab ini ditulis dalam bahasa arab dan diterjemahkan sendiri oleh al khawarizmi..segala kesilapan terjemahan,,al khawarizmi memohon diberi petunjuk dan keampunan dari ilahi..wassalam..


DITERJEMAHKAN DAN DISEDIAKAN OLEH,,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI