BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

Firqah-firqah Dalam Islam

Al khawarizmi terpanggil untuk menulis artikel tentang firqah-firqah dalam islam..atas dasar permintaan beberapa sahabat..walalaupun al khawarizmi tahu bahawa ilmu alkhawarizmi dalam soal ini tidak sedalam ilmu ulama’-ulama’ ikutan alkhawarizmi sendiri..disamping itu sebuah hadis nabi mendorong alkhawarizmi untuk memperkenankan permintaan sahabat,yang ertinya lebih kurang begini “barangsiapa yang menyembunyikan ilmu(sesudah diminta tidak diberikan) akan dikekang mulutnya dengan kekangan api(di akhirat nanti)”..
hadis ini dirawikan oleh imam abu daud dan imam turmizi..

Rakan-rakan perjuangan alkhawarizmi yang dicintai,,Dalam sejarah telah tercatat bahawa dalam lingkungan ummat islam dari abad-abad permulaan sampai sekarang terdapat firqah-firqah yang fahamnya berbeza-beza atau bertentangan secara tajam antara satu sama lain..ini sudah menjadi fakta yang tak dapat dibantah lagi kerana hal yang serupa itu telah terjadi..fiqah-firqah dalam I’tiqad itu ialah syiah,khawarij,mu’tazilah.qadariyah,jabariyah,najariyah,musyabbihah,bahaiyah,ahmadiyah,dan lain-lain di samping firqah ahlussunnah wal jamaah yaitu jumhur ummat islam yang banyak di dunia ini..siapa yang membaca kitab-kitab dalam bahasa arab,nescaya akan menjumpai faham firqah-firqah diatas yang satu sama lainnya bertentangan..ummat islam,khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan melihat dan membaca hal ini..kerana nabi Muhammad SAW sudah juga mengkhabarkan pada masa hidup baginda..

Banyak hadis-hadis yang bertalian dengan adanya firqah-firqah yang berselisihan faham dalam lingkungan ummat islam..Cuma alkhawarizmi ingin mengambil beberapa hadis untuk ditulis dalam artikel ini

Pertama:

فانه من يعش منكم من بعدي فسيري اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديين الراشدين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ

Ertinya : maka bahawasanya siapa yang hidup(lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan(faham) yang banyak..ketika itu pegang teguhlah sunnahku dan sunnah khalifah rasyidin yang diberi hidayah..pegang teguhlah ia dan gigitlah dengan gerahammu..(hadis riwayat imam Abu Daud dll..lihat sunan Abu Daud)

Tujuan hadis ini terang bahawa aka nada perselisihan-perselisihan faham dalam lingkungan ummat islam dan bahawa nabi Muhammad SAW menyuruh ummat islam ketika melihat perselisihan-perselisihan itu supaya berpegang teguh dengan sunnah nabi dan sunnah khalifah rasyidin(saidina-saidina Abu Bakar,Umar,Uthman,dan Ali Rda)

Kedua:

سيخرج قوم في اخر الزمان احداث الاسنان سفهاء الاحلام يقولون من قول خير البريه لا يجاوز ايمانهم حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية فاينما لقيتموهم فاقتلوهم

Ertinya : akan keluar suatu kaum akhir zaman,orang-orang muda berfaham hodoh..mereka banyak mengucapkan perkataan “khairil bariyah”(maksudnya firman-firman tuhan yang dibawa oleh nabi)..iman mereka tidak melampaui kerongkongan mereka..mereka keluar dari agama sebagai melucurnya anak panah dari busurnya..kalau orang-orang ini berjumpa denganmu lawanlah mereka..(hadis sohih riwayat imam Bukhari..lihat Fathul Bari juz 10)

Terang hadis ini bahawa aka nada (menurut nabi) sekumpulan orang-orang muda yang “bajek” tahu mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasarkan quran dan hadis..tetapi iman mereka tipis sekali dan bahkan keimanannya keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya..nauzubillah thumma nauzubillah..maksudnya ialah bahawa mereka banyak bercakap tentang hadis-hadis dan quran,tetapi mereka tidak beragama,tidak solat,tidak puasa, dan tidak menjalankan tuntutan agama..

Ketiga:

ان بني اسراءيل تفرقت علي ثنتين وسبعين ملة وتفترق امتي علي ثلاث وسبعين ملة كاهم في النار الا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله ؟ قال : ما انا عليه واصحابي


Ertinya : bahawasanya bani israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah(firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah,semuanya masuk neraka kecuali satu..sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : siapakah yang satu itu ya rasulullah?..nabi menjawab : yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai peganganku(I’tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku..

(hadis ini diriwayatkan oleh imam turmizi,lihat sohih turmizi)


Melihat hadis-hadis yang sohih ini dapat diambil kesimpulan

1.nabi Muhammad SAW mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi dalam lingkungan ummat islam secara mukjizat yaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi..khabar ini tentu diterima baginda dari tuhan

2.sesudah nabi wafat,aka nada perselisihan faham yang banyak,sampai 73 faham(I’tiqad)

3.ada segolongan orang-orang muda pada akhir zaman yang “bajek power” mengeluarkan dalil-dalil dari alquran tetapi keimanannya tidak melalui kerongkongannya

4.diantara yang 73 golongan itu ada satu yang benar yaitu golongan kaum ahlussunnah wal jamaah yang selalu berpegang kepada sunnah nabi dan sunnah khulafa’ rasyidin

Dan sekarang,barangsiapa yang meneliti sejarah perkembangan islam dari abad-abad pertama,kedua,dan ketiga dan sampai sekarang,apa yang dikatakan oleh nabi Muhammad SAW sudah nyata kebenarannya..hal ini juga tersebut didalam kitab bughyatul mustarsyidin karangan mufti syeikh sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husin bin Umar,yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba’lawi..bahawa 72 firqah yang sesat itu berpaksikan kepada 7 firqah yaitu

1.kaum syiah..kaum yang berlebih-lebihan memuja saidina Ali..mereka tidak mengakui khalifah Abu Bakar,Umar dan juga Uthman..kaum syiah berpecah kepada 22 aliran..

2.kaum khawarij yaitu kaum yang berlebh-lebihan membenci saidina Ali..bahkan ada yang diantaranya mengkafirkan saidina Ali..firqah ini berfatwa bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar adalah kafir..kaum khawarij kemudian berpecah kepada 20 aliran

3.kaum mu’tazilah yanitu kaum yang berkefahaman bahawa tuhan tidak mempunyai sifat,bahawa manusia membuat sesuatu dengan sendiri,bahawa tuhan tidak boleh dilihat dengan mata disyurgaorang yang  melakukan dosa besar diletakkan antara dua tempat dan mi’raj nabi hanya dengan ruh sahaja dan lain-lain..

4.kaum najariyah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yaitu dijadikan tuhan tetapi mereka berpendapat bahawa sifat tuhan tidak ada..kaum najariyah pecah kepada 3 aliran

5.kaum murjiah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa membuat maksiat tidak diberi mudarat kalau sudah beriman..sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak member manfaat kalau kafir

6.kaum jabariyah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa manusia “majbur” ertinya tidak berdaya apa-apa..kasab atau usaha tidak ada sama sekali..kaum ini hanya 1 aliran

7.kaum musyabbihah yaitu kaum yang memfatwakan bahawa ada keserupaan tuhan dengan manusia..kaum ini hanya 1 aliran sahaja..
Jadi jumlahnya adalah
1.kaum syiah                  : 22 aliran
2.kaum khawarij            : 20 aliran
3.kaum mu’tazilah         : 20 aliran
4.kaum najariyah           :   3 aliran
5.kaum murjiah              :   5 aliran
6.kaum jabariyah           :   1 aliran
7.kaum musyabbihah   :    1 aliran
    JUMLAH                         72 aliran
Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham kaum ahlussunnah wal jamaah,maka cukuplah menjadi 73 firqah,sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan imam turmizi
Demikianlah sedikit ilmu yang alkhawarizmi boleh kongsi bersama..semoga memberi manfaat kepada semua..Wallahu a’lam..

DISEDIAKAN OLEH,
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI

Wednesday, March 9, 2011

Ahlussunnah Wal Jamaah??

Al Khawarizmi terpanggil untuk menulis artikel tentang ahlussunnah waljamaah bagi menerangkan apakah itu ahlussunnah waljamaah..sebelum kita mengetahui arti ahlussunnah wal jamaah eloklah kita mengetahui terlebih dahulu istilah-istilah yang diguna pakai dalam masalah I’tiqad-I’tiqad dalam firqah islam..dalam memahami masalah-masalah I’tiqad(kepercayaan) dalam islam lebih baik dahulu dimaklumi istilah-istilah yang terpakai dalam lingkungan ini

*Usuluddin ertinya pokok agama

*Ilmu usuluddin ertinya Ilmu pokok-pokok agama

Didalam ilmu usuluddin dibahaskan masalah-masalah I’tiqad yang menjadi pokok bagi agama..yaitu

1.kepercayaan(I’tiqad) yang berrtalian dengan ketuhanan(uluhiyyat)

2.kepercayaan yang berkaitan dengan kenabian(nubuwwat)

3.kepercayaan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang ghaib(hari akhirat,syurga,neraka dll)

4.dan lain-lain dalam perkara-perkara kepercayaan

ilmu usuluddin kadang-kadang dinamakan ilmu kalam kerana dalam ilmu ini yang dibincangkan banyak sifat-sifat tuhan diantaranya sifat kalam(berkata)..bila kita menyebutkan ilmu kalam,maka ulama’-ulama’ ini dinamakan sebagai ulama’ ahli kalam..dan ulama’-ulama’ ahli kalam dinamakan mutakallimun atau mutakallimin..ada juga sebahagian golongan yang menamakan ilmu kalam ini sebagai ilmu tauhid dan ilmu a’qaid

Pendek kata,perkataan-perkataan ilmu usuluddin,ilmu kalam,ilmu tauhid,ilmu a’qaid sama maknanya yaitu ilmu yang membahaskan padanya perkara-perkara yang bersangkutan dengan I’tiqad..kalau kita mengatakan tentang usul(pokok) sudah tentu ada yang furu’(cabang)..dalam istilah keagamaan,furu’ syariat adalah perkara-perkara ibadat yang dikerjakan setiap hari,seperti sembahyang,puasa,zakat dan lain-lain..Alkhawarizmi menyimpulkan disini bahawa usuluddin ialah I’tiqad-I’tiqad dan furu’ syariat ialah ibadah-ibadah yang zohir..

ERTI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Ahlussunnah ialah penganut sunnah nabi

Arti wal jamaah ialah penganut I’tiqad sebagai I’tiqad jamaah sahabat-sahabat nabi

Kaum ahlussunnah adalah kaum yang menganut I’tiqad sebagai I’tiqad yang dianut oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi..i’tiqad nabi dan sahabat-sahabat telah termaktub dalam al-quran dan dalam sunnah rasul secara terpencar-pencar..belum tersusun secara rapi dan teratur..tetapi kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama’ usuluddin yang besar yaitu sheikh Abu Hasan Ali al Asya’ri(lahir di basrah tahun 260H)..kerana itu ada orang yang memberi nama kepada kaum ahlussunnah wal jamaah dengan kaum asyairah,jama’ dari kata asy’ari..dikaitkan dengan imam Abu Hasan tersebut..dalam kitab-kitab usuluddin juga biasa juga ijumpai perkataan sunni..kependekan ahlussunnah waljamaah..orang-orangnya dinamai sunniyyun..tersebut dalam kitab “ihtihah sadatul muttaqin” karangan imam muhammad bin muhammad al Husni az Zabidi yaitu kitab syarah dari kitab “ihya ulumuddin” karangan imam Ghazali

اذا اطلق اهل السنه فالمراد به الاشاعره والماتوردية

Ertinya:apabila disebut kaum ahlussunnah wal jamaah,maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham asya’ri dan faham abu mansur al Maturidi

Siapa Abu Mansur al Maturidi??

Abu Mansur al Maturidi adalah seorang ulama’ usuluddin yang faham dan I’tiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hasan al Asy’ari..Beliau wafat di desa yang bernama maturidi samarqand,di asia tengah pada tahun 333H..

Sudah ,menjadi adat kebiasaan dalam dunia islam,hukum-hukum agama yang digali dari quran dan hadis oleh seorang imam,maka hukum itu dinamai mazhab..hasil ijtihad imam hanafi dianamai mazhab hanafi..hasil ijtihad imam maliki dinamai mazhab maliki..hasil ijtihad imam syafie dinamakan mazhab syafie..hasil ijtihad imam hanbali dinamai mazhab hanbali walaupun hakikatnya semua adalah agama Allah yang termaktub secara tersurat dan tersirat di dalam alquran dan hadis..begitu juga dalam masalah-masalah I’tiqad,hasil galian alquran dan hadis oleh imam Abu Hasan al Asyari dinamakan mazhab asyari..walaupun pada hakikatnya imam Abu Hasan al asyari hanya menggali,merumuskan,memfatwakan,mempertahankan apa yang sudah ada dalam quran dan hadis..

Tetapi jangan pula kita terperanjat dan bingung jika ada golongan yang menolak dan menentang asyairah berdalilkan asyairah bukanlah sebahagian dalam ahlussunnah wal jamaah..dengan apa yang dihujahkan kerana asyairah tidak menerima hadis ahad..padahal ini bertentangan dengan dengan I’tiqad ahlussunnah wal jamaah yang menerima hadis ahad..Al Khawarizmi tidak mahu menyentuh masalah ini kerana ingin menjaga sensiviti mana-mana pihak..Cuma persoalannya,,adakah faedah yang boleh kita dapati dari membahaskan seorang ulama’ yang bernama asyairah??walaupun golongan-golongan anti asyairah ini menyatakan bahawa masalah-masalah ini bersangkutan dengan akidah..dengan kata lain,bersangkutan dengan permasalahan usul..bukan furu’..insya Allah al khawarizmi akan membuat artikel pada masa akan datang khusus qaul-qaul ulama’ tentang asyairah biiznillah..kerana perbahasan tentang ini sangatlah tinggi dan rasanya tidak sesuai untuk al khawarizmi membicarakan tentang qaul-qaul ulama’ berkenaannya..apa yang khawarizmi hendak tekankan disini adalah,berpeganglah dengan Alquran dan Assunnah dalam segala aspek..manhaj khalaf adalah baik..dan manhaj salaf juga baik..tetapi yang lebih baik lagi adalah berpegang pada manhaj salaf yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu..ini bukan bermakna manhaj khalaf tidak berhati-hati..mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua..al khawarizmi memohon maaf diatas segala kesilapan dan al khawarizmi memohon supaya diberi petunjuk oleh Allah sekiranya berlaku kesilapan..(kitab rujukan I’tiqad ahlussunnah wal jamaah karangan sirajuddin abbas)..wallau a’lam

DISEDIAKAN OLEH
AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN
MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MADINAH,ARAB SAUDI

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa Al Khawarizmi Buat Blog??

Diilhami dari seorang kawan..bukan hanya seorang kawan tetapi seorang sahabat yang terbaik..ditambah lagi satu2nya sahabat Johor yang belajar di Universiti Islam Madinah..tapi apa kena mengena dengan sahabat ini??hah apabila kita mengatakan ia lebih dari seorang kawan..maknanya dial ah selalu memberi nasihat dikala kita senang dan dia selalu menghiburkan diri ini apabila sedih atau tak ada ‘mood’..iszuddin nordin nama diberi..enak didengar seenak akhlaknya..pada satu malam,,seperti biasa al khawarizmi akan menziarahi iszudin..hmm ketika itu ia mencadangkan supaya al khawarizmi buat blog..bagus untuk jadikan blog sebagai salah satu alternative dakwah..tambahnya..subhanallah..dari situ al khawarizmi terpikir..betul juga ni..lagi2 nak menyangkal pendapat sebahagian golongan yang mengatakan seorang calon ustaz hanya tahu ceramah dan ilmu agama..dunia ICT yang semakin mencengkam tidak pon sebati dalam kehidupan..hmm..Insya Allah dengan terciptanya blog ini,mudah2an memberi manfaat kepada semua..

Akil Al Khawarizmi??

Al khawarizmi diambil dari nama seorang tokoh..kenapa mesti menggelarkan diri sebagai al khawarizmi??Akil al Khawarizmi..nak dikisahkan,akil minat sangat dalam ilmu matematik,,matematik tambahan dan subjek2 yg kena mengena dengan kira2..hmm..pantang sangat nk kira2..sebenarnya tidak masalah kalau kita suka mengira nombor tapi janganlah jadi orang yang suka mengira-mengira @ berkira-kira..nauzubillah..nak dijadikan cerita,,sampai tahap kemaruk dengan kira2..suka sangat kira bintang..bak kata pujangga..macam orang romantik bercinta katakan..tapi hakikat zaman sekarang ni memang tidak dinafikan ramai yang lebih mencintai manusia dariNYA..biar orang kata kita romantik bercinta..tapi biarkan lah romantik itu kita serahkan pada Ilahi dalam pengabdian kita padanya..hmm..persoalannya, kenapa akil lebih suka mendalami ilmu agama dari ilmu matematik??padahal minat sangat dalam ilmu kira2??


nak story sikit lar..memang akil ada niat nk sambung dalam bidang matematik..ketika dalam keadaan bingung dan tidak tahu hendak membuat keputusan..tiba2 hati tersentak dengan kata2 ayah,,katanya belajarlah ilmu agama kerana ia akan membawa keuntungan didunia dan akhirat..berbanding ilmu dunia..memang juga akan membawa ke akhirat tapi penghayatan kita akan lebih mendalam dengan mengetahui ilmu agama dari dunia..masya Allah tabarakallah..ada satu kisah,pernah ada seorang doktor yang berdebat dengan seorang ustaz..apa yang dihujahkan seorang doktor itu(biarlah namanya dirahsiakan) tentang pelajar2 agama..katanya ustaz hanya tahu ilmu agama..tapi jahil dengan ilmu ICT..hanya tahu ceramah sana sini..bila mendengar kata2nya memang macam nak kena pelempang pon ada doktor ni..hmm..tidak cukup dengan kata2nya,dia menambah,,lihatlah ahli akauntan,,arkitek dan sebagainya..masa depan terjamin..ada kereta besar..rumah besar..dengan sombong dan angkuhnya doktor tadi membangga2kan jawatan dunia yang dimiliki..nauzubillahi min zalik..tapi bijaksananya orang agama..alim tadi tersenyum dan membidas kata2 doktor tadi..katanya,,memang tanggungjawab orang agama berdakwah dan member ceramah sana sini..nak harapkan siapa??nak harapkan orang akaunting bagi ceramah??


orang agama memang tidak dinafikan mesti tahu juga ilmu dunia..tapi hanya satu harapan orang2 agama..tolong orang2 politik kembali kepada agama..tolong orang2 akauntan kembali kepada agama..tolong juga doktor2 kembali kepada agama..bukan nak mengutuk atau menghina orang2 yg berkerjaya seperti ini..mmg islam galakkan..bahkan menjadi kebanggaan dengan kejayaan ini..tapi lebih bagus dan ahsan apabila kita bergelar seorang AKAUNTAN TAPI YG BERIMAN..AHLI POLITIK TAPI YANG BERTAQWA..DOKTOR TAPI YANG BERAKHLAK MULIA..subhanallah..doktor tadi terus terdiam dan mudah2an dengan kata2 ini boleh menyedarkan doktor tersebut untuk mendalami ilmu agama secara mendalam..dunia dan agama saling memerlukan..sehingga akhirnya orang2 agama boleh bergelar seorang USTAZ TAPI YANG GENIUS DALAM BIDANG ICT AMNYA DAN BIDANG AGAMA KHUSUSNYA..terpikirkah kita??kenapa kata2 doktor,kita boleh ikot..contohnya apabila seorang doktor memberi ubat dan menyuruh makan ubat pada waktu yang ditetapkan..subhanallah bukan main ikot kata doktor..tapi kenapa kata2 seorang ustaz dan ulama’ ditentang??bukankah seorang ustaz ingin memberi ubat penyejuk hati??.


masya Allah..ni lah sebabnya akil memilih ilmu agama dari dunia..a’la kulli hal,bagus juga mendalami ilmu dunia..tapi jangan sampai tidak diiringi ilmu agama dalam kehidupan..konklusinya,,akil terpaksa untuk jujur dan adil dalam diri ini..maka akil menggelarkan diri sebagai alkhawarizmi..hah..mungkin ada yang tertanya2..siapa dia alkhawarizmi??ni lah serba sedikit tentang alkhawarizmi..semoga memberi manfaat kepada semua


AL KHAWARIZMI :


dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa alkhawarizmi ialah seorang tokoh islam yang berpengetahuan luas..pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah,logik,aritmetik,geometri,muzik,kejuruteraan, sejarah islam dan kimia..Alkhawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah..beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi..hehe..keperibadian alkhawarizmi telah diakui oleh orang islam dan juga Barat.. Alkhawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat..ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur….” maka temasuklah alkhawarizmi itu sendiri..Alkhawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar..menurut Wiedmann pula berkata,, alkhawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains..setiap apa yang dinyatakan, telah terbukti bahawa alkhawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam..

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak..ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yang beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam..

1. Tauhid

Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain..Mengikut matlamat Islam,semuanya Ayatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan..ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik..setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat..

2. Syariah

Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat..keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri..dari sudut ini,ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi,riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi..oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah..

3. Akhlak

Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni..ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan..ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri..hehe..melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak..
Cabang Matematik
Antara cabang yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri,algebra,aritmetik dan lain-lain..Geometri merupakan cabang kedua dalam matematik.isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan..dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang..geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]..kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM..seterusnya sarjana Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M..Algebra/aljabar ia merupakan nadi untuk matematik algebra..Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12 sebelum munculnya karya yang bertajuk ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M..sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Pendidikan??

Didikan pertama
          *Tadika KEMAS di Larkin,Johor Bahru,Johor
Sekolah kebangsaan
          *Sek. Keb. Larkin Dua,Johor Bahru,Johor
          *Sek. Keb. Sungai Tiram,Johor Bahru,Johor
Sekolah menengah
          *Sek. Men. Agama Parit Raja,Batu pahat,Johor
PRA Universiti
          *Maahad Johor,Johor bahru,Johor
          *Pondok Pesantren Tamhidy Ilmu Qiraat Al Furqon
           Kecamatan Kedung Kandang,Buring,Malang,Jawa Timur,Indonesia
Universiti
          *Universiti Islam Madinah,Madinah Al Munawwarah,Arab Saudi

Asal usul nama??

nama diberi Akil Musyaddad Bin Hilman..dilahirkan pada 21 Januari 1991..asal usul nama,,Saddam Hussin..hah??kenapa macam ni??hah nak story sikit lar..hehe..ketika peperangan pertama saddam hussin meletus pada 1991..time 2 lar ramai baby2 yg baru dilahirkan diberi nama saddam..tapi doktor x mengizinkan..sbb terlalu ramai..mentang2 lar sini "meletop" sana meletop,nk dibagi jgk nama saddam..hmm..seperti cerita sejarah,,akhirnya telah termaktub lah nama AKIL MUSYADDAD BIN HILMAN yg membawa maksud "ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL YANG KUAT"..dgn harapan ibu bapa supaya Akil menjadi seorang yang senantiasa menggunakan akal dalam melakukan sesuatu..dapat membezakan yang baik dan yang buruk..perkataan Musyaddad diambil dari nama seorang ulama' yang bernama Anuar Musyaddad..ketika itu,,ulama' ni mmg terkenal shgga dikenali "trademark" yg digunakan dalam berdakwah adalah suka membandingkan sesuatu dgn benda..sehingga akhirnya membawa kepada satu perubahan kepada masyarakat ketika itu untuk mengetahui agama islam dengan lebih mendalam..dengan kata lain,,USLUB yg digunakan oleh Kiyai Anuar Musyaddad sgt baik dan memukau hati2 masyarakat..subhanallah..:-)